Cerekarama Demi Masa

Cerekarama Demi Masa merupakan sebuah telefilem yang menarik mengisahkan mengenai seorang bapa yang diuji dengan pelbagai ujian termasuklah daripada anaknya selapas si bapa keluar dari penjara. Sebenarnya cerita ni pernah ditayangkan sebelum ini di saluran TV3 sempena hari raya keempat tahun 2023.

Tetapi, kali ini akan diulangsiarkan di slot cerekarama pula bagi tahun 2024 ini. Musa merupakan watak utama dalam cerita ini yang dilakonkan oleh Faizal Hussein. Demi masa mengingatkan Musa dengan kenangan lalu dan apa yang telah mereka sekeluarga lalui.


Dapatkah dia meneruskan hidupnya dengan lebih baik tanpa ujian dan bagaimana dia melalui masa kehidupan tersebut? Jom kita saksikan.


cerekarama Demi Masa


Sinopsis

Sinopsis cerekarama Demi masa ini menceritakan tentang Musa yang merupakan seorang bapa dan suami. Dia terlibat dengan jenayah yang berlaku satu masa dahulu dan kini dia sudah kembali di bebaskan dari hukuman penjara tersebut.

Sewaktu dalam penjara, Musa sudah pun mula berfikir bagaimanakan penerimaan orang sekeliling terhadap dirinya yang merupakan bekas banduan ini. Yang lebih merisaukan adalah penerimaan anak dan isterinya sewaktu dia keluar dari tirai besi tersebut.

Musa tabah menghadapi apa sahaja respon dari masyarakat dan keluarganya. Adakah Anaknya masih mengaku yang Musa bapanya atau tidak? korang kenalah tonton cerekarama ini malam nanti.

Info cerekarama

Telefilem ini akan disiarkan pada 25 April 2023 pada jam 2 petang bersamaan dengan raya keempat. Skrip jalan cerita demi masa ini ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim dan ia diarahkan oleh Izuan Mokhtar.

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telefilem ini.

Faizal Hussein

Ruminah Sidek

Umar Shakur

Nadiya Nisaa

Azhar Sulaiman

Kamal Bakar


Cerekarama Demi Masa



Barisan pelakon yang hebat ni pasti menghasilkan satu karya yang menarik perhatian kita semua. Watak Nadiya Nisaa dan juga Umar Shakur banyak membantu watak Faizal dalam cerita demi masa ini dan gandingan serta keserasian mereka memang tak dinafikan.

Pengalaman menjadi pelakon hebat dan merupakan lagenda iaitu faizal hussein menaikkan kualiti cerekarama ini dan menjadi antara cerekarama wajib ditonton oleh rakyat Malaysia.  Kalau korang terlepas, pastikan korang tengok cerita ini sampai habis ya.

Jangan lupa untuk tonton telefilem ini ya.

Post a Comment

أحدث أقدم