Sinopsis Pontianak 100KG

Telefilem atau Filem baru, 'Pontianak 100kg' ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang gemar makan ditemui mati dalam kelaparan atas satu sebab yang tidak diduga. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Aya Amiruddin dan Mark Adam.


Apakah punca wanita itu mati? dan apa sebab pontianak 100 kg pula ni? Nak tergelak juga aku bila tengok tajuk cerita macam ni kan. sejak bila hantu ada berat badan ni.


Ke olok-olok jer? kalau korang dah tengok mesti dah tahu ending dia kan. hehe. 


Pontianak 100KG


Oha ya, telefilem ini akan diulang siarkan pada 24 ogos 2024 ini di slot cerekarama tau. jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton semula cerekarama menarik ini malam ini ya! 


Sinopsis Pontianak 100KG

Mengisahkan Melati (Aya Amiruddin), gadis cantik yang suka makan. Melati didapati mati dalam keadaan dia sedang berlapar kerana ibunya menghabiskan makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang. 

Melati berubah menjadi pontianak yang mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan yang mereka ada. Apa yang mengejutkan, Melati menjadi pontianak seberat 100KG!

Pontianak 100KG

Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh penduduk kampung yang diketuai Pak Bayang (Kazar Saisi) dalam menyelesaikan isu ini, namun tiada yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung berkenaan. 

Dharma (Mathni Razak), Salleh (Mark Adam) dan Malik (Wanns Ahmad) merupakan pemuda-pemuda kampung yang sama sekali tidak membantu dalam memberikan sumbangan idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah itu.

Kehadiran Jibam (Ady Mohammad) yang lebih proaktif bagai memberi sinar kepada Pak Bayang, namun muncul pula konflik lain. 

Persoalannya, berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG ini? 

Info dan Pelakon

Cerita pontianak 100 kg ini ditayangkan di platform tonton pada 5 april 2023 yang lalu. Sejak itu ramai yang meminai cerita ini mungkin sebab pelakon dia best dan yang paling penting mereka bergenre seram komedi tau.

 Ia diarahkan oleh Shuhaimi Lua untuk produksi MIG Production Sdn Bhd. Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam cerita seram pontianak 100kg ini.

Pontianak 100KG

  • Aya Amiruddin sebagai Melati
  • Mark Adam sebagai Salleh
  • Wanss Ahmad sebagai Malik
  • Mathni Razak sebagai Dharma
  • Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
  • Ady Mohammad sebagai Jibam
  • Afifah Nasir sebagai Mewangi


Review Jujur.


Bagi korang yang dah tengok pasti korang boleh bagi review mengenai telefilem ni. Sebenarnya cerita ni memang best dan menarik. Pada mulanya aku skeptikal sikit sebab pelakon-pelakon yang membintangi cerita ni ramai yang komedi.


Sinopsis Pontianak 100KG

Selepas tengok tu, memang tak bosan langsung cerita ni. Malah telatah yang ditunjukkan oleh Aya, Mark adam dan Wanss juga banyak melancarkan cerita ni dan menambahkan rasa kepada jalan cerita yang dipertontonkan kepada penonton.

Jadi aku nak minta korang support telefilem ni dan kini dia sudah ke saluran TV kan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton pontianak 100kg ini ya.

Bagi korang yang belum menonton, boleh cari dekan laman web tonton.my tv3 tau. selamat menonton. 




Post a Comment

Previous Post Next Post