Header Ads

" Saya tak faham kenapa awak berada di sini" Datuk Syafinaz, Ini Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 4

 Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 4. Setiap musim komen para juri mendapat perhatian ramai terutamanya bagi para peserta untuk memperbaiki persembahan mereka. Selain itu netizen juga berminat untuk mengetahui apa yang di komen oleh juri sama ada sesuai untuk penyanyi kesayangan mereka atau tidak.


Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 4




Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 4

Berikut merupakan komen juri untuk minggu 4 bersumberkan astro gempak.

1. Waode (91.67%) - Hurt


“Kalau saya boleh gambarkan awak dengan perkataan ia adalah kejujuran. Penyanyi yang jujur kerana saya bila mendengar penyanyi saya mencari kejujuran. Just do your things. Semuanya indah. Cuma kalau awak nak cantik kan lagi persembahan awak, setiap kali note pertama, remember to breath. Semuanya sempurna,” - Aina Abdul


2. Hoondoo (91.33%) - Tak Ingin Usai


“Sepatutnya peserta lain perlu menjadikan mereka sebagai contoh, tengok cara mereka masuk tadi. Mereka tak fikirkan apa-apa, hanya menghayati apa yang mereka perlu buat atas pentas. Macam berada dalam dunia sendiri, dia lock kan feeling. Yang sorang boleh baring terus dah ada feeling dah, saya faham tu. Yang lagi sorang terus pergi kepada perasaan sedih yang akan dipersembahkan, diceritakan, sebab itu kesampaian. Jadi benda itu sepatutnya menjadi contoh kepada peserta yang bila dia naik atas pentas dah tak perlu fikir pergerakan atau apa. Anda dah lakukan masa rehearsal, jadi bila dia dah atas stage dia bagi. Saya rasa apa dia nyanyi walaupun dia slack daripada segi sebutan tapi benda itu cover up with the feeling,” - Ajai

“Saya rasa anda berdua sangat hebat. Keseimbangan sangat bagus, emosi, kestabilan dari segi beri dan menerima antara satu sama lain. Namun perlu berhati-hati bila melakukan adlibs dan harmoni. Jangan melebihi melodi,” - Datuk Syafinaz


3. Putera Muhammad (82.33%) - Kini


“Saya rasa awak penyanyi yang bijak sebab bila saya tengok lagu Kini ini feminin, bila mat rock nak menyanyi lagu feminin memang tak tercapai akal. Tetapi atas kebijaksanaan kamu mencorakkan arrangement mengikut kemahuan kamu, itu saya namakan kamu penyanyi yang bijak. Dia seorang yang tahu apa ada pada dia untuk nyanyian sedap,” - Ajai

“Suara awak bagus! Dengan range sangat tinggi dan kreativiti ada cuma next time fikirkan apa perasaan yang awak ingin sampaikan dan make sure sama dengan perasaan apa yang awak ingin sampaikan,”- Datuk Syafinaz


4. Nadeera Zaini (82%) - Bunga-Bunga Cinta


“Saya tak faham kenapa awak berada di sini sebab saya rasa awak tak sepatutnya berada di sini. Awak penyanyi yang bagus. Saya tak faham kenapa anda tak nak sokong dia. Dia sangat-sangat bagus. Saya rasa suara awak memang mantap. Cuma bila naik tinggi adakalanya awak move straight to your nose jadi ada sedikit sengau. Apa yang awak perlu lakukan adalah work on your soft pallate. Persembahan awak tadi sangat stabil dan memukau,” - Datuk Syafinaz.


5. Puteri Khareeza (52.67%) - Saat Hilang Cintamu


“Saya nak puji penampilan kamu, props kamu, pada saya persembahan ini indah di mata. Dari segi persembahan memang A. Tapi bila vokal, low note sangat bagus, boleh polish lagi. Namun bila high note awak selalu hilang, tak tahu kemana, kadang-kadang jadi hilang mungkin bila placing mic awak terlalu jauh dan juga disebabkan kamu takut sama ada sampai ke tidak high note itu. Jadi selalu bertanya pada cikgu vokal setinggi mana awak boleh pergi. Kena tahu spesific note yang kamu boleh capai,” - Aina Abdul


6. Dem Lepak Boyz (51%) - Hingga Tua Bersama


“Bila menyanyi, masalah saya pada awak berdua adalah awak nampak seperti bergaduh, macam tak bersama. Jadi anda kena work together dan faham suara masing-masing, compliment each others voice more. Bila masuk dan habiskan frasa, anda kena cut bersama baru nampak cantik, bersih. Blending antara kamu berdua perlu diperketatkan lagi. Satu lagi adalah phrasing, itu adalah dekat mana kita nak bernafas. Fahami teori muzik juga amat penting bila anda pasangan duo,” - Datuk Syafinaz


7. Aufahanie (50.67%) - Sisa Rasa


“Hari ini penghayatan sampai, kamu faham tentang lagu ini. Ada certain-certain nota rendah tu sampaikan dia. Bab teknikal kena banyak bertanya pada trainer kamu, cikgu Syafi. Bila penjiwaan dah ada itu paling penting dalam nyanyian. Sebab bila kita tak faham lagu, kita tak bagi rasa tu. Apa yang sama nampak bila note tinggi kamu okay, tapi note rendah kena tanya cikgu Syafi, supaya bila kita dengar feeling dengan note itu sedap,” - Ajai


8. Coex (49.33%) - Pulang


“Saya rasa sebagai sebuah kumpulan anda perlu work very hard dengan vokal, satu secara individu, satu lagi secara berkumpulan. Saya tak nampak siapa yang strong singer dalam ini. Cadangan saya, anda belajar basic cord, structure dan juga progression. Sebab saya bila tengok kumpulan saya sangat teruja sebab saya rasa anda boleh lakukan lebih. Saya nampak potensi, anda confident atas pentas, kesamaan antara satu sama lain, berusaha bersama-sama. Just work on your vokal dan juga kuatkan harmoni anda,” - Datuk Syafinaz


9. Firdaus Rahmat (46.33%) - Galau


“Saya nak puji awak, disebabkan kelebihan awak sebagai singer songwriter awak tahu di mana kesedapan suara awak terutamanya bila muzik minimal. Anda ada tone yang sedap. Sangat fresh. Tetapi hari ini saya rasa ini bukan awak, mungkin saya salah, tapi saya rasa saya kehilangan Firdaus yang gila-gila, yang playfull,” - Aina Abdul

“Setiap individu ada konsep tersendiri, dia dah mencuba untuk menyanyikan lagu dengan baik. Tapi kalau roh yang dia minat tu tak datang, dia tak jadi. Jadi ia adalah tentang lagu, bukan salah daripada pitching atau apa sebab dia tak in to it dengan lagu itu. Tapi sekadar dilakukan kerana tanggungjawab. Saya harap apabila mendapat lagu yang tepat, jangan lepaskan peluang kena tahu kekuatan tersendiri,” - Ajai


10. Meer Nash (45.33%) - Rapuh


“Kamu ada karisma bukan daripada segi vokal tetapi penampilan, cuma peningkat dari 43 minggu lalu dan hari ini 47, saya suka. Kamu perlu cari yang flat-flat tu, sebab itu yang mencederakan sikit telinga. Bila kamu fokuskan kepada vokal, mantapkan vokal, kamu dah ada dua barang, imej dan vokal. Saya nak generasi baru ini biar peminat itu ramai seiring dengan kemampuan diri. Kuatkan lagi peningkatan vokal kamu sebab kamu ada inisiatif yang kamu nak jadi benda itu, saya doakan kamu boleh jadi besar dengan vokal yang bagus,” - Ajai


11. Farhan Shah (42.67%) - Di Pintu Syurga


“Saya rasa macam awak tak bersedia, macam tak sure, takut. Awak ada suara yang baik tapi perlu perbaiki dari segi teknikal. Banyak sharp, banyak flat. Masalah pitching datangnya dari isu teknikal. Kegagalan minggu ini tak bermaksud akan gagal sampai bila-bila, jadi bangkit!” - Datuk Syafinaz

--


Di harap Komen Juri Big Stage 2023 Minggu 4 ini dapat membantu meningkatkan lagi prestasi peserta big stage 2023 ini untuk minggu keempat pula. good luck!

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.