Header Ads

"kalau di bawah 5 peratus itu memang ‘selamat hari raya lah’ " - Ajai

 Tampil mengulas penyingkiran Naufal Azrin dari big stage, Ajai sebenarnya sudah menjangkakan perkara itu dari awal lagi. memandangkan naufal tidak mempunyai undian yang cukup sebelum persembahan bermula.

“Daripada 21 markah ke 40 lebih itu maksud saya ada peningkatan prestasi cuma dia tidak ada tuah dan kami pun tak boleh nak selamatkan dia, kami kena adil.

“Masa kami selamatkan Naufal tempoh hari, itu disebabkan nyanyiannya pada minggu pertama bersih apabila kena dengan konsep dia iaitu world music.

“Bila konsert kedua pula boleh dipertimbangkan, nyanyiannya boleh pergi walaupun lagu R&B, cuma dia tidak ada tuah.


"kalau di bawah 5 peratus itu memang ‘selamat hari raya lah’ " - Ajai


“Macam yang saya cakap penyanyi ada dua karakter. Satu penyanyi yang menyanyi 50 peratus tetapi diberikan sokongan penuh oleh netizen dan juga peminat.

“Kedua ada penyanyi yang bagus menyanyi. 100 peratus nyanyiannya tetapi tidak ada sokongan. Kita tidak boleh salahkan netizen atau peminat kerana mereka ada hak untuk menyukai seseorang itu berdasarkan apa,” jelasnya.

“Saya juga sudah dapat agak dia akan terkeluar sebab kami lihat daripada peratusan pertama yang ditayangkan di skrin pada awal permulaan konsert itu.

“Yang mana kalau di bawah 5 peratus itu memang ‘selamat hari raya lah’, kita faham.

“Bagi juri kita menilai berdasarkan protokol persembahan, pemarkahan daripada nyanyian dan persembahan. Jadi kami tolak populariti.

“Macam saya dan Aina kalau menjuri, populariti jatuh nombor dua. Tak kirahlah sama ada 27 juta ke, 28 juta ke peminat kamu. Yang penting adalah nyanyian,” tegasnya.


No comments

Powered by Blogger.