Header Ads

Naufal Dikecam Lepas tayang Ketiak ketika persembahan

Selepas minggu pertama menjadi mangsa kecaman kerana memakai rantai. Minggu kedua juga Naufal Azrin menjadi mangsa kecaman apabila dia mengoyak lengan baju dan menayangkan ketiaknya sehingga ke siku.


Naufal Dikecam Lepas tayang Ketiak ketika persembahan



Ketika itu dia menyanyikan lagu GENERASIKU nyanyian kumpulan OAG.

Naufal Dikecam Lepas tayang Ketiak ketika persembahan 

Penyanyi itu berkata; "Ini hanyalah konsep persembahan, itu menunjukkan metafora untuk generasi saya. Itu yang saya cuba nak sampaikan.

"Ini bukan gimik, memang dah plan jadikan konsep persembahan macam itu," jelasnya kepada Gempak.

"Saya di luar tak ada pun begitu (tayang badan). Hanya untuk memenuhi konsep dan kreativiti pertandingan.

Baca juga : senarai lagu big stage 2023 minggu 3.

"Had saya (tunjuk anggota badan) adalah selagi saya menutup aurat, saya tahu batas aurat di mana. Saya masih tak buka (aurat) dan tak rasa nak buka aurat. Saya masih lagi diri saya.

"Tentang isu buka dada minggu lepas, saya tak baca komen sangat, saya terima saja. Tak ada apa-apa perlu diulas, saya hanya buat persembahan saya sahaja.

"Mungkin yang bercakap tu tak kenal saya lagi? Apa kata lepak dulu dengan saya. Saya penyanyi, kena cuba pelbagai genre dan saya seorang yang gemar untuk meneroka," tambahnya.

"Saya rasa sebenarnya perlu juga jadi macam ni, kalau tak rasa kita tak ada rasa nak memperbaiki diri. Saya bersyukur pada masa sama saya perlu berhati-hati lagi dalam membuat persembahan.

"Untuk minggu hadapan kena buat lebih baik. Mungkin saya nervous sedikit dan pada masa sama saya pun tak tahu apa yang jadi ketika membuat persembahan.

"Hal koyak lengan baju itu tak mengganggu pun, masa rehersal tak ada masalah," tambahnya.


No comments

Powered by Blogger.