Wajah Iras Tunku Azizah, Pengusaha Rendang Tok Perak Viral di Tiktok
Kali ini, memang tak dinafikan. Aku sendiri pernah menonton destinasi TV yang dihoskan oleh Fendi Rajalawak yang pernah menemubual seorang warga emas yang juga pengusaha rendang tok di perak. Masa tengok episod tu memang terkejut sebabkan rupa beliau memang seiras dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam temubual dengan harian metro, Nora Aishah Ibrahim, 62 berkata memang ada yang mengatakan wajahnya sama seperti permaisuri agong.
"Tidak dinafikan ramai juga termasuk pelanggan dan ahli keluarga cakap wajah saya seiras baginda. Saya segan sebenarnya, tetapi saya anggap itu pandangan orang dan penghargaan buat saya.
"Ada orang cakap mungkin nampak seiras kerana saya juga memakai cermin mata dan gaya memakai tudung.
"Saya memang suka gaya ringkas sejak dahulu lagi terutama kalau memakai tudung bawal," kata ibu kepada tiga anak itu ketika dihubungi, semalam.
"Ramai yang komen cakap wajah kami seiras dan ada yang mahu melihat dari sudut hadapan, jadi anak kongsikan video saya.
"Kalau ada rezeki saya teringin berjumpa baginda kerana memang suka melihat baginda yang berjiwa rakyat dan berasa dekat di hati.
"Malah, saya mengagumi baginda yang mencemar duli memasak (untuk mangsa banjir) ketika banjir dahulu," katanya.
Post a Comment