CEREKARAMA DI PENGHUJUNG SUJUD

$ads={1}

Cerekarama Menarik, DI PENGHUJUNG SUJUD mengisahkan tentang seorang lelaki yang kurang upaya selepas terlibat dalam satu kemalangan. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Fezrul Khan.

Kali ini, ceerekarama ini akan diulang siarkan semula pada hari sabtu 21 september 2024 di saluran tv3 dan pasti akan membuatkan anda terimbau balik tayangan-tayangan sebelum ini kan. Korang yang dah tahu ending dia mesti akan tengok sekali lagi sebab jalan cerita dia memang sedih tau.

Tambah-tambah pula cerita ini ada kena mengena dengan pengorbanan seorang anak terhadap ibunya ditambah pula dengan tomahan masyarakat menyebabkan cerita menarik seperti di penghujung sujud ini mesti ditonton oleh rakyat Malaysia.


CEREKARAMA DI PENGHUJUNG SUJUD


Telefilem ini pernah ditayangkan semula pada 24 Jun 2023 di saluran TV3. Kali pertama telefilem di penghujung sujud ditayangkan adalah pada hari raya kedua tahun 2018 yang lalu.

Sinopsis Di Penghujung Sujud

Bagi anda yang tak tahu, cerekarama ini mengisahkan tentang arif yang mana dia ni merupakan warga kelainan upaya. Dia mengalami kemalangan ketika membawa motor sikal beberapa tahun lalu.

Arif bekerja sebagai penjual burger dan dia juga duduk dengan ibunya yang semakin uzur. Abang dan kakaknya bekerja di Kuala Lumpur.

Dia sering menjadi tempat perbandingan antara dia dan adik beradiknya yang lain. Mereka mengatakan nasibnya kurang berbanding abang dan kakaknya.

$ads={1}

Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. 

Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?


CEREKARAMA DI PENGHUJUNG SUJUD





Info dan Pelakon

TAJUK CEREKARAMA : DI PENGHUJUNG SUJUD

Kali pertama ditayangkan adalah pada 15 jun 2018 jam 2 petang. Ini merupakan karya Shuhaimi Lua dan skripnya ditulis oleh Zyza Backy.

Berikut merupakan senarai pelakon cerekarama ini.

  • Redza Rosli

  • Wan Maimunah

  • Ayda Jebat

  • Fezrul Khan

  • Ani Mayuni

  • Faez Nick

    CEREKARAMA DI PENGHUJUNG SUJUD
  • Mili Supina

  • Mellysa Liesa

  • Ikhlas Jalil

  • Feiyna Tajudin

  • Zalfa Zin

Aku dah tengok dah telefilem ni. aku nangis guys. sebabnya jalan cerita dia sangat dekat dengan aku. Pengorbanan seorang anak yang tidak punya apa-apa dan dibandingkan pula dengan anak yang sudah berjaya membuatkan aku tersentuh hati.

Sudah pasti yang terbaik adalah anak yang dapat berbakti kepada ibu dan ayah walaupun dia tidak punya harta. 

CEREKARAMA DI PENGHUJUNG SUJUD

Untuk korang yang belum tonton lagi, aku saran kan korang tonton cerita ni dan pastikan korang sedia tisu siap-siap tau. dekat facebook pun rasanya dah ada yang upload cerita ni.. korang cari jer ya.

$ads={2}

Post a Comment

أحدث أقدم