Header Ads

Cerekarama Cinta Sesungguhnya

Cerekarama menarik, Cinta Sesungguhnya menceritakan tentang keteguhan dan kecekalan seorang suami yang nekad menjaga isterinya yang menghadapi mental disorder. 

Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim, Intan Najuwa dan Nazeera Sardi. telefilem ini akan ditayangkan semula pada 19 ogos 2023 selepas ia kali pertama ditayangkan pada 18 mei 2019 yang lalu.

UPDATE 2024 : Cerekarama ini sekali lagi akan diulang siarkan pada 3 Ogos 2024 di saluran yang sama dan di slot yang sama. Kalau korang terlepas haritu, boleh tonton semula ya.


Cerekarama Cinta Sesungguhnya


Sinopsis Cinta Sesungguhnya 


cerekarama ini mengisahkan tentang kecekalan seorang suami yang bersungguh-sungguh menjaga isterinya walaupun si isteri menghidap penyakit mental disorder. 


Razlan nekad menjadaga Farisha walaupun dia tidak berapa sihat dan menghidap penyakit mental disorder. Niat Razlan ditentang oleh ibunya bernama Norlia.


Namun Razlan tetap tdengan pendiriannya.


Farisha merupakan pesakit yang menghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius. Dia mendapat rawatan dari Dr Azlina dan doktor tersebut menasihatkan Farisha agar meneruskan rawatan tetapi Farisha membantah.


Cerekarama Cinta Sesungguhnya



Kata farisha dia sudah sihat.


Farisha juga tidak dapat menerima apabila Dr Azlina mengatakan yang penyakitnya aakan kembali walaupun dia rasa dia sudah baik sepenuhnya.


Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Razlan dengan Farisha? sama-sama kita nantikan.


Info dan Pelakon


Cinta sesungguhnya ini pernah ditayangkan di tv3 pada 18 mei 2019 yang lalu dan akan diulang siarkan di saluran yang sama pada 19.8.2023.


Skrip cerita ini ditulis oleh Raja Azidah dan diarahkan oleh Amie Maziah


Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam cinta sesungguhnya. antarnya adalah


  • Fikry Ibrahim

  • Intan Najuwa

  • Nazeera Sardi

  • Duerra Mitilda

  • Laila Nasir

  • Khaty Azian

  • Zaryn Min


Review


Cerekarama ini pasti membuatkan anda mengalirkan air mata kerana jalan cerita dia sangat kena dengan masyarakat kita. pengorbanan insan bernama suami jarang diperkatakan namun cerita ini mengetengahkannya.

Yang kedua, cinta sesungguhnya bukanlah cerita biasa sebaliknya kisah pengorbanan yang sering dilupakan menyebabkan hati menjadi tawar. Pada masa yang sama ada insan lain yang lebih menghargai.

Bagi yang telepas tontonan pertama, boleh tonton semula minggu ini. Selamat menonton.


ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.