Header Ads

Bintang Allstar GV Liza Hanim Dikecam oleh Netizen

Bintang Allstar GV Liza Hanim Dikecam oleh Netizen. Baru sahaja selesai persembahan minggu pertama allstar gegar vaganza 2023 sudah ada peminat yang berani menghina dan mengecam bentuk tubuh para peserta musim ini.


Bintang Allstar GV Liza Hanim Dikecam oleh Netizen


Kali ini yang menjadi mangsanya adalah Liza Hanim apabila ada satu komen daripada netizen yang menghina bentuk hidung sewaktu persembahannya. Liza yang sudah berada di dalam dunia seni selama 26 tahun tampil menepis dakwaan tersebut.


Liza Hanim Dikecam oleh Netizen

Dalam satu temubual selepas konsert, Liza hanim "Bukan sentap, bukan. Tetapi i need to address this.


"Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ker di Malaysia or international? Orang yang tak putih hidung tak mancung memang tak boleh ker berjaya di Malaysia ni?


"Yer betul akak sedar and akak sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH SWT telah kurniakan pada akak.. As long as im happy with my family akak tak kisahlah semua cantik buruk ke akak ni bagi standard manusia.


"Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.


"Tergamak nak bagi comment macam ni, berkali kali pulak tu, why? Motif?


"Kekadang bahasa kata tu lagi penting dari rupa paras tau.. akak tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.. kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam manalah agaknya???


"Its my 26th year in this industry pelbagai dah yang akak lalui dan hadapi so benda kutukan secara halus mu ni tak goyangkan akak dik tapi aku sedih, you are inconsiderate, insensitive.


"Posting ni untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit stay strong and do what ever that makes us happy for ourself and our family and we continously bersyukur kepada ALLAH SWT atas segala kurnianya," tulisnya bersama hashtag #akutakcantiktapiakubahagia.



ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.