Header Ads

Tok Ram Puji Naqiu Sebagai Penanda Aras Persembahan Peserta allstar GV

Tok Ram Puji Naqiu Sebagai Penanda Aras Persembahan Peserta allstar GV. Ramai yang terkejut apabila mendapati markah allstar gegar vaganza minggu 1 tidak seperti apa yang diharapkan. Apabila ada bintang yang berada di kedudukan tercorot berbanding persembahan yang agak hebat ketika di pentas.


Tok Ram Puji Naqiu Sebagai Penanda Aras Persembahan Peserta allstar GV


Sebagai Ketua juri, Dato Ramli Ms memberikan pandangan dan juga tips kepada peserta lain untuk di contohi dalam persembahan pada minggu seterusnya. Memang persembahan Naqiu nampak lain daripada lain kerana stage present.


Tok Ram Puji Naqiu 


Dalam satu temubual bersama dengan gempak. Tok Ram berkata; “Jika anda melihat pada Naqiu… Dia keluar seorang sahaja dan kontrol satu pentas. Dia memang ada stage present tu, karisma.

“Dengan cara dia menyanyi, seorang sahaja tapi dia mampu mengawal semuanya. Versi dia menyanyikan lagu Jac ini sangat-sangat berlainan.

“Energinya sangat tinggi, ini yang saya mahukan dalam GV10, memang saya cakap ini adalah KPI,” jelasnya.

“Tapi selepas ini memang dia ada sedikit beban, apa yang dia akan lakukan selepas ini? Sebab KPI dia sudah diletakkan sebagai penanda aras yang tinggi.

“Saya percaya mereka yang lain juga akan bangkit dan mengejar. Jadi itu akan memberikan sedikit beban pada Naqiu. Tapi saya suka sebab akan ada cabaran di situ,” katanya.

Dalam edisi Meletop pada selasa juga, Tok Ram kata benda yang sama. Iaitu kekuatan pentas juga memainkan peranan dalam penilaian markah para peserta allstar gv kali ini. Jadi para peserta perlu buat yang terbaik bagi mendapat markah yang tinggi dalam persembahan seterusnya.

No comments

Powered by Blogger.