Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik- Zamani

Kemunculannya dalam Allstar Gegar Vaganza 2023 menimbulkan rasa gembira dan senang dalam kalangan peminat. Sudah pasti ramai yang merisaukan keadaan Zamani selepas menjalani pembedahan pada November tahun lepas.


Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik- Zamani


Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik

Zamani menjawab persoalan tersebut kepada gempak mengenai tahap kesihatannya sama ada dia semakin baik atau tidak. Jawapan zamani, 

"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik biarpun tak cecah 100 peratus, mungkin dalam 80 peratus. Tapi bagi saya dah boleh bekerja.

"Kalau dulu follow up dua minggu sekali, tapi sekarang selang enam bulan jaraknya. Kali terakhir check up doktor maklumkan keadaan saya semakin baik dan tak memerlukan pembedahan lagi," katanya kepada Gempak.

"Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.

"Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba atau takut-takut lagi," tambahnya.

Kita juga mendoakan agar Zamani dapat perform dengan baik dalam baki musim Allstar yang masih panjang dan mampu melangkah ke final nanti.

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم