Header Ads

Aliff Aziz Mohon Maaf Kepada Isterinya, Bella Astillah

Selepas isu sepanjang minggu ini, Aliff Aziz taampil memohon maaf kepada isterinya Bella Astillah secara terbuka bagi menjernihkan kembali keadaan.

Pada masa yang sama, Aliff juga berharap kenyataan yang dibuatnya sebelum ini tidak menggoreskan hati isterinya itu.


Aliff Aziz Mohon Maaf Kepada Isterinya, Bella Astillah



Aliff menulis dalam instagramnya berbunyi "Kepada isteriku, dalam pada kekecohan yang berlaku sejak beberapa hari lalu, saya mohon maaf jika kenyataan saya dalam temubual sebelum ini menyakitimu atau membuatkan kamu kecewa sayang.

"Saya tiada niat langsung untuk membuatkanmu kecewa.


"Kamulah tunjang utamaku dan membuatkanku menjadi insan lebih baik. Di sebalik segala kekecohan ini, saya masih dapat rasai kasih sayangmu yang mendalam.

"Saya harap kita sentiasa terbuka untuk belajar dan menghargai setiap apa yang kita lakukan. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama. Saya di sini dan hati saya untuk kamu Bella," tulisnya.

Sebelum ini, kehadiran sophia albarakbah ke konsert Allstar Gegar Vaganza 2023 pada hari ahad yang lalu mencetuskan kontroversi dengan isteri aliff aziz. jadi kita harap isu ni selesai dan tidak berlaku keretakan rumah tangga pula selepas ini..

No comments

Powered by Blogger.