Aliff Aziz Terharu Sokongan Isterinya Setiap Minggu

Ramai yang mula melihat prestasi Aliff Aziz dalam allstar gegar vaganza semakin meningkat. Penghayatan yang diberikan dalam minggu ke lima baru-baru ini sangat memberi kesan kepada penonton dan juga para juri.


Aliff Aziz Terharu Sokongan Isterinya Setiap Minggu


Ketika ditanya mengenai bagaimana perubahan mendadak Aliff Aziz dalam persembahan setiap minggu dan juga peningkatan prestasinya berpunca daripada siapa. Aliff menjawab kehadiran isterinya banyak memberi kekuatan buat dirinya.

Aliff Aziz berkata gempak.com ;  

“Isteri saya memang sangat supportive sejak Gegar Vaganza 8 lagi. Saya sangat gembira dan bersyukur sebab sungguhpun jadualnya agak padat, dia tetap luangkan masa untuk datang beri sokongan.

“Tadi masa nyanyi saya tengok muka isteri… Sungguhpun kita penyanyi profesional, kita tetap lalu fasa yang rapuh. Jadi bila tengok wajah-wajah yang familiar dan yang dekat dengan kita, ia buatkan semangat kita pun naik,” katanya.

--

Kita yang selalu tengok gegar vaganza ni kita akan nampak perubahan ketara yang berlaku kepada persembahan Aliff setiap minggu. walaupun pada awalnya ada sahaja kontroversi yang berlaku tetapi dia berjaya mengalis isu tersebut dengan baik.

Ia menjadikan aliff lebih fokus untuk bertanding berbanding hal-hal peribadi dia. Itu yang kami nampak sepanjang musim ini setakat ini lah. 

Apa-apa pun, kita doakan Aliff dapat ke final Allstar gegar vaganza nanti ya.


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم