Ayai Tersingkir, peminat tak puas hati

Selesai persembahan minggu ke 5 semalam untuk konsert allstar gegar vaganza 2023. Seorang peserta telah dipilih untuk meninggalkan konsert mingguan kali ini. 


Ayai Tersingkir, peminat tak puas hati



Ayai menjadi peserta yang tersingkir tersebut. Dia membawa lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra. Persembahannya gagal memikat hati para juri.

Ayai berkata selepas pengumuman namanya tersingkir, 


“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih kepada juri, Astro, peminat, isteri yang sentiasa di belakang saya, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.

“Untuk yang tinggal, saya doakan yang terbaik untuk anda, buat macam biasa. Selamat berjuang,” katanya.

--

Penyingkiran Ayai mendapat komen sedih dan kecewa dari kalangan peminat gegar vaganza. Kata mereka ayai masih perlu dikekalkan kerana persembahannya menghiburkan bebanding peserta lain.


Tapi nak buat macam mana keputusan sudah di buat. walaupun berbeza hanya 0.75% dengan Zamani, Ayai tetap tersingkir. Minggu ini ada banyak peningkatan dalam kalangan peserta di samping ada yang sudah semakin merudum dalam prestasi mereka. 


Antara peserta yang meningkat adalah Siti Nordiana yang minggu lepas berada di bawah dan kini sudah naik kedudukannya. 


Manakala Zamani pada minggu ini jatuh kembali di kedudukan kedua terbawah. Jika zamani tak lakukan sesuatu pasti dia juga boleh tersingkir pada minggu seterusnya.


Yang tinggal masih ada peluang untuk perbaiki balik kekurangan dan yang tersingkir masih ada banyak ruang di luar sana untuk menonjolkan bakat anda.


Kita jumpa minggu hadapan ya!

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم