Azmi Saat Berkata yang dia tidak terasa hati dengan gurauan Jihan Muse selepas konsert Allstar Gegar Vaganza minggu lalu bahkan Azmi berkata dia sendiri sangat mengenali Hos berkenaan jadi tiada masalah.
Selain itu, Azmi juga menambah yang Jihan ada menghantar mesej memohon maat kepada nya atas gurauan yang dilakukan itu.
Azmi berkata;
“Waktu mula-mula Jihan cakap tu, saya berada di belakang pentas dan dapat merasakan impak di sebalik gurauan itu. Pernah terjadi sebelum ini apabila nama ayah dibawa main, maka terus jadi kecoh.
“Tapi dalam hati saya tiada rasa marah atau apa, sebab memang saya kenal Jihan. Malah, Jihan juga ada menghantar mesej kepada saya memohon maaf mengenai kesilapannya itu.
“Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka,” katanya.
“Sebenarnya gurauan sebegitu dengan orang yang kita kenal memang tiada masalah. Contohnya seperti saya dengan Nabil, saya dengan Jihan memang tak ada masalah.
“Tapi memang saya tak boleh nafikan apabila terjadi pada umum, penerimaan orang ramai memang tidak suka OKU dipermainkan. Atau pun, rakan-rakan saya berkata kalaulah orang normal tu tahu macamana susah jadi OKU mesti tidak sampai hati nak bergurau begitu.
“Jadi ramai orang tidak gemar kecacatan orang dibuat main. Tapi sejujurnya saya sendiri, dengan orang-orang yang saya kenal memang tiada masalah cuma bergurau di tempat awam, pasti ramai tidak suka,” katanya.
--
Benda-benda macam ni jangan buat main dan harap sangat ia menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan mudah mempersenda orang lain dengan mudah. Ingatlah orang sekeliling dan jagalah hati orang lain juga ya.
إرسال تعليق