Datuk Syafinaz Puji Hos GV Allstar tapi..
Setiap minggu isu hos program allstar gv sentiasa menjadi sebutan ramai. Minggu kedua baru-baru ini, kita ada perubahan karakter iaitu Elly M dan juga Kak Lina Pom Pom bersama-sama mengacara konsert dengan Jihan dan Nabil.
Rata-rata berpendapat bahawa kak lina lebih sesuai mengacara berbanding Elly M. begitu juga dengan juri kita iaitu Datuk Syafinaz yang melihat perkara itu sebagai satu perkara yang betul. Beliau juga berkata, watak kak lina lebih sesuai dalam gv berbanding elly M.
Datuk berkata kepada media selepas konsert minggu 3 gv allstar.
“Tapi Elly M agak kurang pada saya, kalau Kak Lina Pom Pom tu lebih havoc lebih ceria, lebih hidup pentas GV tu.
“Bagi saya hos okay, padanan terbaharu itu okay maksudnya ada dua orang, sekejap ada tiga orang. Bergilir-gilir.
“Kalau setiap masa bertiga agak..., belum ditambah bunda menjerit di telinga saya lagi,” ujarnya berseloroh.
Datuk Syafinaz juga berpendapat yang tak semestinya ada 3 hos dalam satu-satu masa. lebih baik berdua dan dibahagi-bahagikan mengikut kesesuaian keadaan. Untuk rekod, musim allstar ini kali pertama GV menggabungkan 3 pengacara dalam satu musim di atas pentas utama.
Post a Comment