Dikecam Netizen, Datuk Syafinaz Tenang Saja

Baru-baru ini tular video nyanyi Datuk Syafinaz Selamat di tiktok dalam satu program. Dia menyanyikan lagu Persis Salju dan Europa yang dinyanyikan oleh penyanyi asal Monica Naranjo. 

Susulan nyanyian itu, Netizen meluahkan kecaman dan mendakwa suara juri allstar gegar vaganza tidak sedap dan juga tidak dapat didengari dengan jelas patah perkataan yang keluar dari mulutnya.


Dikecam Netizen, Datuk Syafinaz Tenang Saja



Datuk Syafinaz berkata;  

“Pada saya muzik itu besar, terpulang pada mereka sama ada untuk suka atau tidak. Perkara itu adalah subjektif untuk semua orang.

“Ada yang suka dan ada yang tidak, saya okay dengan kritikan. Selama ini pun saya hidup dengan kritikan.

“Kadang-kadang bila orang tulis tak sedap, memang tak sedap menyanyi dekat sini. Kalau saya rasa tak sedap, orang kata tak sedap, saya terima. Tak mengapa.

“Saya belajar daripada kesilapan sendiri. Seperti yang sering saya katakan, saya selalu cuba untuk memperbaiki hasil kerja saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

“Sebagai seorang penghibur, saya memahaminya. Orang memang suka mengkritik, tapi tak mengapa, saya okay sahaja.

“Saya terbuka, kalau saya rasa benda itu betul, saya ambil dan perbaiki diri saya dan itulah cara saya berfikir.

“Kalau ada kritikan yang saya rasa boleh pakai, saya guna. Kalau saya rasa kritikan yang orang berikan pada saya itu tidak membantu saya sebagai seorang penghibur, saya hanya abaikan sahaja,” jelasnya.

--

Biasalah, ramai netizen yang sudah simpan lama nak komen para juri, sekali dapat peluang nah dia bagi viral terus. haha kadang-kadang suara kita ni perlu di adili ketika ia dikeluarkan dan tidak perlu dihukum sebagai tidak sedap selama-lamanya.

Kerana ia pasti akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Rileks lah geng, nanti kalau dengar Tok Naz nyanyi sedap baru tenganga mulut korang pulak.. hehe


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم