Jihan Muse Minta Maaf Kepada Azmi Caliph Busker

Setelah isu Jihan muse dan juga Azmi Saat menjadi tular. Jihan mengambil langkah awal dengan menghubungi Azmi Saat atau Azmi Caliph Buskers untuk meminta maaf secara langsung dengan penyanyi tersebut.

Isunya adalah Jihan secara berseloroh bertanyakan kepada Azmi bagaimana dia datang konsert Allstar Gegar Vaganza minggu lepas. Drive sendiri ker? 

sedangkan semua orang tahu yang Azmi merupakan seorang OKU Penglihatan atau seorang Buta dan tidak mampu melihat. Susulan daripada lawak itu, netizen mengamuk dan menyalahkan Jihan tidak sensitif dengan keadaan Azmi.


Jihan Muse Minta Maaf Kepada Azmi Caliph Busker



Bahkan ada yang mengatakan Jihan mempersendakan golongan OKU berdasarkan lawak tersebut. Namun begitu, Jihan sudah pun tampil memohon maaf secara terus dengan Azmi dan pada masa yang sama Jihan memuat naik posting mohon maaf secara terbuka kepada peminat-peminat. 

"Assalamualaikum... mengenai isu segmen bersama @azmi_saat tempoh hari. Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin lalu.

"Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.

"Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.

"Begitu juga dengan gurauan yg tidak bersesuaian yg telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

"Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati.

"Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.

"Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. la bukan perkara yg boleh dinormalisasikan.

"Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih," tambahnya.

Selain itu, Jihan dan Nabil juga sempat berlawak mengenai nama bapa Azmi yang juga menjadi punca isu ini tercetus.

--

Kalau boleh kita nak elakkan daripada mengutuk dan memerli nama orang dan juga ahli keluarga mereka. Kita juga tidak mahu orang lain berbuat sedemikian rupa kepada kita jadi kita tidak boleh lakukan perkara tersebut kepada orang lain.

Alhamdulillah., kedua-dua mereka sudah saling bermaafan dan kita harap isu ini tidak berulang ya.


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم