Komen Juri Allstar GV 2023 Minggu 4. Komen Pedas juri untuk minggu ini kepada para peserta apabila mereka masih belum menunjukkan kehebatan mereka di atas pentas setelah masuk minggu ke 4 allstar gegar vaganza.
Malah, ketua Juri Tok Ram juga memberi amaran kepada para peserta agar buat persembahan lebih baik di minggu depan kerana akan berduet dengan artis terkenal. Selain itu, kalau tak mahu tersingkir, kenalah buat yang terbaik kan.
Komen Juri Allstar GV 2023 Minggu 4
Berikut merupakan Komen Juri Allstar GV 2023 Minggu 4 GV10:
sumber: Gempak.com`
Konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan Datuk Aishah diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan lagu berjudul Terlanjur Cinta duet bersama Vince, nampaknya persembahan mereka tidak berjaya menambat hati juri.
Sementara itu dua lagi nama yang membuat persembahan paling superb adalah Noryn Aziz dan Liza Hanim.
Masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua untuk minggu keempat ini.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu keempat All Stars Gegar Vaganza:
1. Noryn Aziz ft Liza Aziz - I Am Every Woman (85.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa Liza Aziz bagi awak energi untuk all out tonight, menyanyi dengan suara seperti Liza Aziz adalah sesuatu yang menakutkan kerana suara Liza Aziz ini special. Untuk persembahan tadi saya rasa balance perfomance, both of you tidak cuba untuk over shadow each other, cuma ada nampak Noryn macam takut takut sikit nak masuk, just be carefull, overall very very powerful perfomance,”
2. Liza Hanim ft Ziana Zain - Madah Berhelah (85.00%)
Hetty Koes Endang: “Bahaya, bahaya, bahaya, bagus. Menurut saya lagu ini mempunyai tingkat kesulitan yang amat tinggi, emosinya harus dapat. Semuanya itu harus pakej complete. Liza kamu bisa mengimbangi Ziana dan begitulah sebaliknya. Untuk penampilan seterusnya saya harap bagus. Jangan hari ini cantik esok jelek. Jadi kamu harus mempunyai fighting spirit yang sama seperti malam ini,"
3. Ayai Illusi ft Datuk M. Nasir - Raikan Cinta (83.25%)
Datuk Ramli MS: “GV1 hingga GV9, bila peserta suruh saya rekemen lagu, saya kata elakkan dua penyanyi iaitu arwah Sudirman dan Datuk M.Nasir. Janganlah nyanyi lagu ni, lagu dia. Tapi saya agak terkejut dengan awak, hari ini ada magiklah. Bagi saya ini sesuatu yang bagus untuk awak,”
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Mantap, Perfect Duet! Ayai Illusi Sukses Raikan Cinta Dengan M. Nasir
4. Tomok ft Stacy - Menggegar Dunia (74.00%)
Hetty Koes Endang: “Untuk koreo the best, lagu begini memerlukan suara growling, ada beberapa lirik jangan keluarkan suara Tomok. Kerana di sini memerlukan suara yang growl. Lagu ini ada pengulangan, jadi kamu harus bijak dan kreatif buat kelainan,”
5. Nikki Palikat ft Wani Kayrie - Tak Tercapai Akalmu (66.75%)
Hetty Koes Endang: “Malam ini kesulitannya sebagai peserta adalah jangan harus dibunuh peserta kita. Keserasian itu berhasil, suara stabil, kamu dapat groove dan sangat menikmati. Itu sangat penting,”
6. Aliff Aziz ft Aishah Aziz - I Aint Got You (66.00%)
Datuk Ramli MS: “On stage balancing, feel dan dinamic is good, its just that kamu nyanyi solo okay tapi bila duet dekat belakang itu bila hummimg itu tidak okay,”
7. Naqiu ft Misha Omar - Aku Dan Dirimu (65.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Overall karakter permainan atas pentas sangat berjaya, dari segi aspek nyanyian intonasi ada sedikit lari, overall saya gembira dan enjoy persembahan anda,”
8. Ezad Lazim vs Mamat - Untukmu Ibu (63.00%)
Datuk Ramli MS: “Bunda betul-betul enjoy dan kamu sukses malam ini,”
9. Azharina ft Azmi Saat - Pupus (62.50%)
Datuk Ramli MS: “Duet yang agak okay pada saya, untuk tiga hari punya rehersel sangat singkat, boleh buat jadi lebih baik tapi saya rasa ini sudah cukup. Range awak agak tinggi sekarang, boleh naik lagi tinggi, sound dia lagi terang,”
10. Jaclyn Victor ft Idayu - Dialah Di Hati (62.25%)
Datuk Ramli MS: “Korang berdua kaya teknikal menyanyi, saya boleh dengar macam-macam cara, on solo part quite okay, tapi part harmoni saya kurang happy. Bila nyanyi untuk sencond voice untuk dia tidak mantap, lagu ini mmg susah, just so so je,”
11. Zamani ft Datuk Jamal - Aku Penghibur (61.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Hasil daripada persembahan hari ini letop. Cuma sikit saja, pada saya kalau nyanyi secara solo memang tidak dinafikan kehebatan kedua-duanya. Tapi bila nyanyi berduet cuma perlu in sync sikit lagi maknanya selari supaya nampak ngam. Overall, enjoyable perfomance,”
12. Hady Mirza ft Marsha Milan - Tentang Rahsia (60.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka bila awak nyanyi frasa frasa awak panjang, emosi sampai pada penonton. Pairing ini kena, nampak ngam, balancing, tiada sesiapa yang over shadow. Overall saya rasa kamu menunjukkan ekspresi yang sangat baik dan keserasian yang bagus,”
13. Siti Nordiana ft Amir Masdi - Ada Apa Dengan Cinta (49.75%)
Datuk Ramli MS: “Saya boleh cakap satu ayat sahaja iaitu berat sebelah. Menonjol sangat si Amir tu, the way of vokal dia sangat kuat, kamu nyanyi bila di bahagian harmoni itu berterabur,”
Hetty Koes Endang: “Seperti yang saya katakan tadi, pasangan jangan bunuh peserta. Terus terang saya katakan, bunda kecewa,”
14. Datuk Aishah ft Vince - Terlanjur Cinta (43.75%)
Hetty Koes Endang: “Dah minggu keempat tentu kamu dah baca situasi bagaimana, tentunya lagu ini sesuatu yang baru buat kamu, dari segi vokal tidak diragukan, kalau tau lagu baru untuk kamu, latih beberapa kali. Lirik bagus, jangan berfikir lagi, panggung ini sudah kita punya. Semoga sukses,”
إرسال تعليق