Header Ads

Liza Hanim Tak Puas Hati

Walaupun mendapat tempat pertama minggu ini, penyanyi yang juga peserta Allstar Gegar Vaganza iaitu Liza Hanim nampaknya kurang berpuas hati dengan persembahannya sendiri. Katanya persembahan ketika raptai lebih baik daripada persembahan sebenar pada malam itu.


Liza Hanim Tak Puas Hati


Penyanyi, Liza hanim menyanyikan lagu bertajuk kembali terang nyanyian penyanyi asal Marsha Milan. Liza juga mendakwa ada kesukaran membawa lagu ini sambil memberi pujian kepada Marsha kerana dapat membawa lagu ini dengan baik.

Liza Hanim Juara Minggu ke 5 Allstar Gegar Vaganza 2023.


Bercakap kepada gempak.com, Liza berkata;

“Sebenarnya saya tak sangka dapat tempat pertama. Kalau ikutkan, ada rasa sedikit kurang puas hati… macam saya rasa boleh buat lebih baik, lebih-lebih lagi masa raptai saya rasa persembahan saya lebih baik.

“Tapi saya hormati keputusan. Cuma apa yang boleh saya kata, daripada saya sendiri, sedikit struggle dengan lagu ini. Mungkin sedikit terbawa dengan situasi sekarang (kemelut Palestin dan Gaza) yang sudah dua minggu berlarutan.

“Terkesan sedikit, tambahan pula ketika nak mendalami lagu ini… dia jadi lebih lagi. Saya sangat emosi dan saya lepaskan emosi itu pada lirik yang terakhir,” katanya

BACA JUGA : DATUK SYAFINAZ DIKECAM TERUK MINGGU INI

“Sangat susah… macam mana lah Marsha nyanyi lagu ni? She is amazing. Saya dapat pinjam lagu dia untuk minggu ini dan dapat nyanyi pun rasa susah. Memang betul susah.

“Tambah dengan cabaran Datuk Ramli MS yang beri saya muzik piano untuk persembahan sedangkan range asalnya besar. Memang tambah tekanan. Sampai saya ragu-ragu. Tapi alhamdulillah, akhirnya dapat buat dan selesaikannya,” ujar Liza lagi.

--

Netizen dan fans liza hanim tetap mengatakan persembahannnya pada minggu ini adalah No 1 walaupun tuan badan kata ada kekurangannya. Memang sedap dan yang paling penting adalah konsisten dalam setiap minggu.

Itu memang susah nak buat. Ada yang naik turun-naik turun tetapi Liza hanim tetap ada di kedudukan teratas pertandingan ini. Jadi dimanakah pula kedudukan liza hanim pada  minggu keenam nanti? sama-sama kita nantikan.


No comments

Powered by Blogger.