Persembahan Siti Nordiana Mengecewakan Juri Allstar Gegar Vaganza
Bukan sesuatu yang enak untuk didengari apabila persembahan kita di komen sebegini. Semalam Siti Nordiana atau lebih mesra di panggil dengan Nana mendapat komentar yang tajam dari barisan juri. Ia juga membuatkan Nana hampir tersingkir pada minggu keempat ini.
Komen yang diberikan oleh juri Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sangat pedih dan menunjukkan kekecewaan mereka terhadap persembahan Nana.
Untuk minggu keempat ini, Nana berduet dengan Amir Masdi dengan lagu Ada apa dengan cinta yang juga merupakan lagu viral yang menjadi siulan ramai.
Tok Ram berkata yang duet kali ini nampak berat sebelah. Mungkin ketidak seimbangan nyanyian Nana dan juga Amir Masdi.
“Satu saja saya mahu cakap, berat sebelah,” kata Ramli ringkas.
Tok ram juga berkata yang Amir Masdi mempunyai Aura terlalu kuat sehingga Nana tenggelam dalam nyanyian duet mereka.
Bonda Hetty juga berkata yang bonda kecewa dengan persembahan ini. Padanya kesalahan sebegini tak boleh berlaku dalam pertandingan ini.
“Menurut bunda, ini fatal (kesilapan yang sangat besar),” kata Hetty.
“Bila saya pesan jangan kalah (duet), tapi tadi anda betul-betul tidak dapat. Tidak ada nikmat lagi.”
“Bunda kecewa.”
--
Kita harap sangat Nana bangkit di konsert minggu ke 5 nanti dengan lagu baru yang lebih segar. Untuk Nana jangan hiraukan kecaman sebaliknya ambil teguran juri sebagai batu loncatan untuk membuat lebih baik.
Post a Comment