Header Ads

Telefilem Bila Tiba Saatnya

Telefilem Bila Tiba Saatnya


Hai korang, telefilem ulangan, bila tiba saatnya ini menceritakan kejadian kematian dua orang lelaki pada malam yang sama tetapi tempat yang berlainan. bilakah sudah tiba saatnya maka tidak boleh dicepatkan mahupun di lambatkan. betul tak?

Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Niena Baharun. telefilem ini juga merupakan karya arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah. Mungkin korang dah pernah tengok cerita ni sewaktu nuzul alquran beberapa tahun yang lalu.


SINOPSIS BILA TIBA SAATNYA


Telefilem bila tiba saatnya mengisahkan dua orang individu iaitu Rosman dan juga Nazim. Mereka telah meninggal dunia di tempat yang berbeza tetapi dikuburkan di tempat yang sama di sebuah kampung.

Rosman ini merupakan seorang remaja yang jahat. Dia suka mencuri sehinggakan tabung masjid juga menjadi mangsanya. Dia juga reda jika Allah cabut nyawanya ketika mencuri di dalam masjid tersebut.

Pada malam 27 ramadan, Rosman meninggal dunia tanpa belum sempat bertaubat.

Kisah kedua pula adalah mengenai Nazim. Dia telah ditemui meninggal dunia di sebuah pusat karaoke selepas dipukul oleh gengster. Hakikatnya nazim ke sana hanya unutk membawa pulang rakannya yang lain tetapi dia pula dipukul.

Ikut sejarah, Nazim memang kaki botol tetapi dia sudah bertaubat dan tidak mengulangi kesilapannya. Bagaimanakah pengakiran kisah mereka berdua ni?

Info dan Pelakon telefilem bila tiba saatnya.

Macam aku dah kongsikan dengan korang di atas ni. Telefilem ini kali pertama di tayangkan adalah pada 22 Jun 2016 sempena nuzul alquran. Untuk tahun 2023 pula ia akan ditayangkan semula pada 28 Oktober 2023 di saluran yang sama tetapi untuk slot cerekarama ya.


Telefilem Bila Tiba Saatnya


Antara barisan pelakon yang terlibat adalah seperti Aleza Shadan, Dian P.Ramlee, Kodi Rashid, Kamal Ibrahim, Ahmad Iswazir Ismail dan Zulkifli Ismail.

Review dan Rating Telefilem bila tiba saatnya.

Aku bagi rating untuk telefilem ni 4.3/5. Satu sebab utamanya adalah kerana jalan cerita dia memberi banyak pengajaran untuk kita. Scene yang dapat menyentuh perasaan dan membuatkan kita terfikir dosa silam kia.

telefilem ini sangat sesuai di tonton oleh segenap lapisan umur dan ditonton bersama ahli keluarga. Bagi korang yang terlepas tayangannya, jangan lupa tonton semula pada sabtu ini di tv3 ya.


No comments

Powered by Blogger.