Header Ads

Tok Ram Tak Tertarik Dengan Lagu Nada Tinggi

Sejak bermulanya gegar vaganza setiap musim akan ada isu bagaimanakah kategori permarkahan berlaku dan juga bagaimana cara nak tarik perhatian juri dengan persembahan daripada peserta.

Netizen juga kerap kali berkata mereka juga pening melihat pemarkhan gegar vaganza yang selalu lain daripada lain.


Tok Ram Tak Tertarik Dengan Lagu Nada Tinggi



Selepas konsert baru-baru ini, Tok Ram berkata yang lagu nada tinggi bukanlah cara untuk impress juri sebaliknya ada faktor lain yang boleh menarik perhatian juri.

Tok ram berkata “Kalau anda bercakap mengenai perkara menarik perhatian, pada saya, saya tidak berapa impress dari segi lagu yang memerlukan mereka untuk tarik tinggi kerana mereka memang sudah ada range itu.

“Tuhan memang bagi mereka range tinggi, yang utama adalah jiwa. Menjiwai lagu itu adalah sangat penting,” jelasnya.

“Kalau anda nak kata saya tertarik, saya benar-benar impress dengan Ayai, dia memang betul-betul bertukar. Sebab itu saya kata dia ada magik.

“Noryn juga sangat bertuah dapat Liza Aziz. Dia itu sangat mega. Dia dulu penyanyi latar yang sangat eksklusif.

“Jadi bila Liza menyanyi duet, memang tak ada masalah, pada dia sangat senang. Dia menyanyi sangat stabil. Tetapi Noryn juga berikan persembahan terbaik,” ujarnya.


No comments

Powered by Blogger.