Tok Ram tolak 5 Markah Liza Hanim
Datuk Ramli MS menolak 5 markah persembahan Liza Hanim dan beberapa peserta lain dalam persembahan minggu ke 4 allstar gegar vaganza 2023. Liza hanim membawa lagu madah berhelah berduet dengan Ziana Zain.
Tok ram juga mendedahkan menolak markah tersebut kerana peserta menyanyikan lagu sendiri di dalam konsert mingguan program tersebut. Ia kerana mahu bersikap dengan adil terhadap peserta yang tidak menyanyikan lagu mereka sendiri.
Tok ram berkata kepada media;
"Saya memang potong lima markah, contohnya ada penyanyi yang menyanyikan lagu asalnya beribu kali, jadi dia tidak 'bekerja'. Ada empat peserta kalau tak salah saya.
"Kalau Liza Hanim tidak dipotong markahnya, pasti dia di atas. Tapi disebabkan Ziana Zain penyanyi asal lagu itu, dia sudah banyak kali menyanyikan lagu berkenaan sejak berpuluh-puluh tahun sudah.
Jadi, kami selaku juri perlu adil dengan peserta lain yang menyanyikan lagu artis lain," jelasnya.
--
Kalau tengok balik, markah liza hanim dan Noryn Aziz hanya dibezakan dengan 0.25% sahaja. Kalau tidak ditolak markah tu mungkin kedudukan tersebut akan berubah. Tapi minggu keempat ni Noryn juga mendapat pujian yang ttinggi dari penonton dan juga juri.
Persembahannya dengan Liza Aziz mendapat standing oviation daripada penontton. Jadi memang netizen berpuas hati dengan persembahan kedua-dua peserta ini. Jadi ia juga menjadi pengajaran kepada para peserta untuk minggu depan.
Post a Comment