Header Ads

Ezad Lazim Tersingkir, Netizen persoal keputusan juri

Nama Ezad Lazim diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke 7 semalam. Dia juga menjadi peserta keenam yang tersingkir dalam pertandingan kali ini di dalam Allstar gegar vaganza.

Memang sedih bila lagenda yang kita respek dan hormat terpaksa meninggalkan pertandingan ini namun nak buat macam mana. Itulah adat pertandingan kan. 


Ezad Lazim Tersingkir, Netizen persoal keputusan juri



Dalam pada itu, Ezad juga berkata dia bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada Allstar Gegar Vaganza 2023 kali ini. 

“Syukur Alhamdulillah kerana dapat memeriahkan ASGV, saya syukur dapat bersama semua di sini. Terima kasih semua.

“Ada rezeki kita jumpa lagi. Saya nak kena balik cepat, rumah saya banjir,” katanya.

Ezad yang menyanyikan lagu Seksa nyanyian kumpulan Ukays terpaksa pulang awal kerana rumahnya ditimpa banjir. 

Kita doakan ezad terus relevan dalam dunia seni dan dipermudahkan urusannya menghadapi banjir. aku tengok dekat instagram Ezad pun nampak banjir semakin buruk di kawasan rumahnya. 

Good Luck Ezad!

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.