Nama dia pun Nabil. Hauk begitulah - Azharina
Ketika diminta untuk mengulas mengenai kelantangan mulut Nabil Ahmad dan Jihan muse diatas pentas Allstar gegar vaganza musim ini. Azharina berkata dia tidak berasa kecil hatil dengan apa yang dikatakan oleh Nabil dan Jihan.
Sebaliknya Azharina sudah pun mengetahui gaya mereka berdua dan tidak ambil port jika mereka mengeluarkan kata-kata tidak elok.
Terdahulu, Nabil dan Jihan memerli Azmi Saat selepas berduet dengan Azharina dalam persembahan minggu keempat tempoh hari. Tetapi Azharina bersyukur sebab mereka berdua sudah minta maaf dan Azmi pun tak kisah pasal benda itu.
Azharina berkata ;“Pendapat saya senang saja, dia nak cakap apa pun kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nama dia pun Nabil, dah memang macam itulah gayanya. Hauk begitulah.
“Sebenarnya di belakang tabir dia sangat baik orangnya. Tapi anda kena faham, dia memang tak ada sensor filter.
“Jadi kita redakan sahaja, masuk kanan keluar kiri. Sebab kalau kita simpan, benda itu akan meracun kita dan tak mendatangkan hasil pun,” katanya
“Sebab dia seorang pelawak, sudah pasti ada masanya akan terasa sedikit terutamanya masa persembahan duet bersama Azmi Saat.
“Saya terasa juga sebab pada saya Azmi adalah seorang yang bukan macam kita, dia bukan orang biasa. Kita tak sepatutnya sentuh pasal nama bapa kita kan, itu sangat sensitif.
“Tapi alhamdulillah mereka mohon maaf, saya pun ada cakap dengan Azmi dan dia pun orangnya sangat positif.
“Tapi Nabil dengan Jihan memang begitu dan kita kena reda. Nak buat macam mana, mereka memang mengeji antara satu sama lain.
“Itulah mereka, kalau nak sentap pun buang masa, sabab minggu depan dia akan buat hal lagi. Jadi saya pun tak amik port,” jelasnya.
Post a Comment