Header Ads

Naqiu Minta Maaf Sebab Persembahan Tak Capai KPI

Minggu lepas, Tok Ram memberi komen pedas kepada Naqiu sebab persembahannya tidak mencapai KPI yang sepatutnya. 


Naqiu Minta Maaf Sebab Persembahan Tak Capai KPI



Kalau korang perasan, Tok Ram selalu cakap setiap persembahan Naqiu adalah KPI kepada para peserta lain. Jadi pada minggu lepas, tok ram cakap persembahan Naqiu tak capai KPI spatutnya.


Komen Tok Ram


“Kenapa hari ini? Tak relax… Tak ada banyak sangat error, tak teruk sebab you ada partner, sorang work sorang tak work begitulah perumpaannya but not that bad. You kena faham bila ada pasangan, awak beraksi, perbandingan pasti ada, not that bad but this is not your KPI,” ujarnya.


Naqiu tampil memohon maaf kerana persembahannya tidak ikut KPI yang di maksudkan.


“Saya terima apa yang Tok Ram atau guru-guru cakap persembahan minggu ini tidak mencapai KPI saya.


“Saya ingin memohon maaf kepada guru saya kerana secara jujurnya ini bukan yang saya perdengarkan pada hari Jumaat dan Sabtu.


“Tapi tak mengapa, benda itu bukan alasan. Salah tetap salah jadi apa yang Tok Ram cakap itu betul.


“Itu semua datangnya dari kesilapan saya. Saya tak mahu bagi alasan sebab tak sihat. Ramai lagi orang tak sihat boleh buat persembahan,” katanya 


“Kesihatan saya tiba-tiba kurang baik dalam jam tiga pagi, selepas itu saya ada menerima panggilan daripada Hazama dan mengatakan dirinya pun mengalami demam.


“Saya ini bukan jenis orang yang tidur awal tapi selepas balik dari sesi latihan penuh, saya rasa penat dan nak tidur.


“Sebab saya tahu mungkin kerana penat sangat, saya takut nanti akan beri kesan pada suara saya.


“Tapi pada jam tiga pagi saya rasa menggigil, saya tahan sampai jam lima dan saya bangun untuk makan ubat.


“Waktu tengahari itu saya masih lagi rasa tak okay tapi saya ada tanggungjawab dan saya tak beritahu sesiapa pun yang saya tak sihat termasuklah Tok Ram.


“Pada saya takkan perkara itu nak dijadikan alasan, dah minggu kesembilan tak pandai jaga kesihatan lagi.


“Saya tak sempat pergi klinik, saya terus ke MBSA untuk sesi latihan terakhir. Hazama pun kata dia tak sihat jadi kami bagi semangat antara satu sama lain.


“Saya betul betul rasa tak sedap badan, tapi saya tak mahu jadikan ini sebagai alasan. Bila tak sedap, bila salah itu silap saya.


“Bahagian yang saya terlepas tempo itu sebenarnya saya tengah menahan diri dari terbatuk. Sebab itu saya letak tangan di bahagian muka,” jelasnya.


“Saya dah bersedia untuk tersingkir sebenarnya, ini pertandingan. Kalau saya tak deliver, sehebat mana pun saya sebelum ini atau katalah minggu pertama diletakkan KPI tinggi sekali pun, itu tak dikira sebab minggu kedua tu pun dah dikira lain.


“Tiap-tiap minggu kira lain, jadi minggu ini saya akui memang bukan KPI saya. Saya minta maaf untuk peminat peminat saya dan juga produksi.


“Sepatutnya saya deliver benda yang best tetapi itu kesalahan saya. Jujurnya saya tak boleh elak benda tu, nak buat macam mana. Mungkin ini dugaan untuk saya, bukan hari saya,” ujarnya.



ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.