Persembahan Siti Nordiana Dapat Pujian Dari Juri
Siti Nordiana berjaya mencuri hati penonton dan juri apabila menyelesaikan persembahan lagu Inggerisnya yang bertajuk baby one more time nyanyian asal Britney Spears dengan baik dalam konsert allstar gegar vaganza minggu ke lapan semalam.
Malah penyanyi yang lebih dikenali dengan nama panggilan Nana itu mendapat pujian daripada juri datuk Syafinaz.
Para peminat di dalam dewan juga memberi tepukan gemuruh kepada Nana atas persembahan yang lain daripada yang lain diberikan Nana kepada penonton.
Sebelum ini, Nana luahkan rasa bimbangnya untuk menyanyikan lagu berbahasa Inggeris kerana bimbang sebutannya salah dan juga tidak sampai kepada penonton dan pendengar.
Tapi kalau dari apa yang dipersembahkan kepada peminat semalam. Ia merupakan satu persembahan yang menarik dan sangat baik bagi Siti Nordiana.
Sebutan jelas dan fasih. Nana juga mendapat jolokan nama baru iaitu Britney Nordiana.
Dalam pada itu, Datuk Syafinaz yang diminta untuk memberi komen pada persembahan nana juga berkata nyanyian sangat baik dan diction nana juga tidak teruk mana pun.
Datuk Syafinaz Selamat berkata; “Saya rasa ni persembahan yang paling dinantikan. Diction awak not bad, tapi awak nyanyi macam baik sangat. Saya rasa keseluruhan is fine, cuma kenakalan itu tak ada.
Nana masih belum keluar dari karakter Nana. Awak kena jadi Britney Nordiana. Nana kena cari alter ego, kena keluar dari Siti Nordiana bila nyanyi lagu yang berbeza. Overall saya hargai hard work, diction, style awak, saya hargai sangat,”
Untuk rekod, Nana menghuni tangga keenam berbanding 10 orang peserta lain dalam keseluruhan markah para peserta minggu ke lapan ini.
Tahniah untuk Siti Nordiana. bukan mudah nak menyanyi lagu yang bukan genre dan makanan kita. Tapi Nana dah buat yang terbaik dan pasti ia memuaskan hati Nana.
Kita jumpa pula pada minggu hadapan.
Post a Comment