Header Ads

" Saya rasa dia ada masalah' Komen Tok Ram Kepada Aliff Aziz

Ramai yang sudah tahu yang Aliff Aziz merupakan peserta yang tersingkir pada minggu ini. Tok Ram sebagai ketua juri ada memberi tahu yang dia dapati Aliff Aziz seperti hilang fokus ketika melakukan persembahan.


" Saya rasa dia ada masalah' Komen Tok Ram Kepada Aliff Aziz


Tok Ram berkata; 


“Saya rasa dia ada masalah. Saya tak pernah dengar dia menyanyi dengan begitu banyak kesalahan seperti ini.


“Dia seolah-olah hilang fokus, bahagian nyanyian dan juga feel itu sangat ketara. Anda kena faham bila dia dah ada kesalahan yang begitu, orang lain pula lebih menyerlah.


“Jadi dia tertinggal jauh, memang nampak. Kalau ada yang turun seperti Liza Hanim itu pun markahnya juga jauh berbeza,” jelasnya.


Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert suku akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.


Perbezaan Aliff Aziz dan Liza Hanim.


Tok Ram berkata ; “Saya rasa dia memang tak sihat, tapi dalam pada tak sihat itu dia masih lagi ada kestabilan dari segi teknikalnya.


“Aras sebagai penyanyi itu masih ada. Bukan KPI dia tetapi aras itu stabil lagi. Dia kurang kesalahan, kurang flat dan dia masih berjaya menyampaikan persembahan dengan baik.


“Saya tahu dia kurang sihat tetapi itu bukan alasan. Dia gunakan pengalamannya sebagai penyanyi untuk terus memberikan hasil yang terbaik,” ujarnya.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.