Siti Nordiana Bimbang Nyanyi lagu Inggeris
Menjelang konsert kelapan allstar gegar vaganza pada hari Ahad. Minggu ini para peserta mendapat lagu yang diluar jangkaan mereka. Dengan bertemakan Funfair Tok Ram pasti mencabar keupayaan para peserta pada minggu ini.
Siti Nordiana pula mendapat lagu bahasa Inggeris dan ini membuatkan dia risau sama ada mampu membawanya dengan baik atau tidak.
bercakap kepada gempak, Nana berkata; “Saya memang terkejut dapat lagu Britney tapi bila tahu Tok Ram yang bagi jadi saya dah boleh agak, dia tahu kelemahan saya di situ.
“Sebab kadang-kadang bila dia cakap apa-apa saya tidak faham dan saya akan minta dia jelaskan balik dalam Bahasa Melayu.
“Bukan tidak faham semua tetapi adalah perkataan perkataan yang kurang saya fahami.
“Kerisauan saya adalah pada sebutan dan juga jiwa pada lagu tersebut. Jadi apa yang saya akan lakukan adalah saya kena dengar lagu itu banyak kali, cara sebutannya dan ikut,” kata Nana
“Untuk persediaan saya rasa sudah pasti memerlukan stamina yang kuat kerana lagu ini memerlukan keseronokan.
“Sebenarnya waktu persembahan lagu Temberang tempoh hari pun saya agak struggle dan untuk kali ini pula lagunya lebih nakal.
“Sejujurnya saya tidak pernah menyanyikan lagu ini untuk persembahan kecuali ketika karaoke sahaja. Insya-Allah saya akan cuba buatkan pentas itu jadi pentas yang menyeronokkan dan bawa kembali elemen 90-an,” ujarnya.
Post a Comment