Header Ads

Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Hilang permata Nasyid Negara

Semalam, jam 7.40 malam perkara ini disahkan oleh isterinya sendiri, Ina yang suaminya Suhaimi Saad telah meninggal dunia. 


Suhaimi yang juga bekas anggota nasyid In Team itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Johor bahru selepas di masukkan dalam hospital kerana masalah kesihatan.


Sebelum itu, dia ditidurkan selepas menghidap penyakit pneumonia. Suhaimi dikurniakan 4 orang anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.


Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Hilang permata Nasyid Negara



Berita kematian ini juga turut dikongsikan oleh rakat arwah seperti Hazamin yang juga dari kumpulan Inteam;


"Sahabat kami, Suhaimi Saad telah kembali ke Penciptanya jam 7.40 malam tadi. Mohon semua mendoakan almarhum dan sedekahkan bacaan Al- Fatihah.


"Semoga Allah mengampuninya dan mengumpulkan rohnya bersama para solihin," tulisnya. 


Ina Naim juga meluahkan yang suaminya pergi dalam keadaan tenang. " Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya serta semua anak-anak kami,"


"Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.


"Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya. Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun," katanya.


"Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil apa-apa, saya memohon maaf bagi pihak dia," katanya.



ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.