Header Ads

2 Minggu Bergantung dengan Antibiotik - Aliff Aziz

Selepas tersingkir, barulah kita tahu yang Aliff Aziz sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan nyanyiannya kurang menjadi di konsert separuh akhir Allstar Gegar Vaganza 2023 pada ahad lalu.


2 Minggu Bergantung dengan Antibiotik - Aliff Aziz


Aliff tampil bercerita mengenai keadaan kesihatannya dan dia tidak mahu menggunakan alasan tersebut untuk dijadikan punca dia tidak membuat persembahan dengan baik.


Penyanyi asal singapura itu berkata; 


"Sebenarnya sudah dua minggu saya bergantung dengan antibiotik dan steroid untuk kurangkan keradangan pada bahagian tekak.


"Doktor sahkan saya mengalami Rhinosinusitis iaitu lendir yang beri kesan kepada peti suara sehingga cetuskan keradangan.


"Kemudian doktor beri ubat steroid yang kesan sampingannya ialah membuatkan tekak rasa kering, batuk dan sebagainya," jelasnya.


"Saya sudah berjumpa dengan pakar perubatan sejak tiga minggu lalu tetapi kesakitan ini bertambah buruk sejak dua minggu ini namun minggu ini paling teruk.


"Saya jelaskan hal ini sebab tak mahu orang lain cakap saya guna alasan sakit untuk penyingkiran ini," ujarnya.


"Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka dan tidak akan sesekali menggunakan alasan isu kesihatan punca persembahan kurang memuaskan.


"Tidak ada peserta yang nak buat silap dalam persembahan mereka pun, setiap orang mempunyai sasaran untuk ke pentas final begitu juga saya.


"Apapun, saya percaya penyingkiran ini mempunyai hikmah dan sentiasa yakin dengan rezeki Allah SWT.

"Selepas ini saya akan habiskan masa bersama keluarga, bertemu dengan ibu bapa yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah.


"Berada sehingga ke suku akhir pun sudah cukup bagus sebab pentas ini adalah pertandingan yang paling besar pernah saya sertai," katanya.


ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.