Header Ads

Alif Teega serahkan 100% harta sepencarian kepada Aisyah

Alif Teega memberi tahu yang dia sendiri telahbersetuju untuk menyerahkan 100 peratus harta sepencarian kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.


Menurut Alif, 


“Bismillah, tujuan posting ini adalah untuk sampaikan khabar berita dan moga menjadi manfaat kebaikan buat kalian semua.


Alif Teega serahkan 100% harta sepencarian kepada Aisyah



“Alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi. Alif buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan Alif dan Aisyah.


“Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat @hijanahofficial rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.


“Insya-Allah, Alif akan sedaya upaya bantu dibelakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah kedepan lagi. Dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya,” tulisnya.


“Apa yang berlaku telah mengajar Alif banyak perkara. Subhanallah, Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sebagu isteri dengan baik hingga sekarang.


“Juga membantu Alif menjadi seorang suami yang lebih baik. Doakan lah Alif, doakan,” coretnya.


ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.