Aliff Aziz ulas komen negatif netizen
Seperti sedia maklum, nama aliff aziz tidak pernah sepi dengan kontroversi dan kecaman dari netizen. ada sahaja perkara yang tidak kena bila penyanyi ini melakukan satu perkara.
Ketika ditanya oleh gempak.com mengenai komen negatif netizen tterhadap dirinya. Aliff berkata dia memang pegang nasihat ibunya yang mengatakan kita tidak mampu memuaskan hati orang lain.
Aliff berkata ;
“Sebenarnya saya sangat memegang kuat nasihat daripada umi saya, sebelum jadi penyanyi pun umi kata dalam kehidupan ini mustahil kita dapat memuaskan hati semua orang.
“Kalau nak kata kita ni hebat, baik sangat dan sebagainya, ciptaan paling mulia atas muka bumi ini adalah Nabi Muhammad S.A.W.
“Baginda pun ada orang yang tidak suka. Jadi kalau ciptaan paling mulia pun ada cabaran seperti itu, apatah lagi saya yang kerdil hina ini.
“Bagi saya dengan berfikiran sedemikian kita tidak akan cuba untuk memuaskan hati semua orang sebab hakikatnya begini,” katanya.
“Kalau kita baik macam mana sekali pun akan ada juga sesetengah pihak yang mencari silap kita. Buat baik pun orang cakap, kalau tak buat baik lagilah orang bercakap.
“Kehidupan ini kita yang tentukan, takkan lah kita ini nak hidup berdasarkan setiap individu itu punya pendapat,” jelasnya.
“Bagi saya dah nama pun pendapat, adat resam dalam pertandingan ini pasti ada orang yang ada komen macam macam.
“Ada yang suka ini, ada yang suka begitu, tak ada masalah cuma yang tengok GV ini kebanyakkannya berbangsa Melayu, beragama Islam, cubalah kita keep it positif. Insya-Allah.
“Ini adalah sekadar hiburan, selepas pentas akhir ASGV ni dah habis dah. Tapi apa yang kita cakap tu apa yang kita kongsikan tu kita harus sangat berhati-hati kerana kita takut berpatah balik pada diri sendiri.
“Saya cakap ini bukan kerana saya baik… Saya harapkan apa kebaikan yang saya kongsikan ini Allah berikan kebaikan itu kepada saya. Insya-Allah,” ujarnya.
Post a Comment