Header Ads

Cerekarama Selekoh Terakhir

Malam ini akan ditayangkan cerekarama selekoh terakhir yang pernah ditayangkan sebelum ini pada tahun 2018. Ia akan diulang siarkan pada 2 Disember 2023 ini bersamaan hari sabtu. Antara pelakon cerekarama selekoh terakhir adalah Ikmal Amry, Nadzmi Adhwa dan Jasmine Suraya.


Cerekarama Selekoh Terakhir



Sinopsis Selekoh Terakhir


Bagi yang tak tahu lagi. telefilem ini mengisahkan tentang kamal dan ridwan. mereka merupakan sepupu yang rapat. Mereka juga mempunyai impian untuk menjadi pelumba moto sehingga peringkat dunia.


Kamal berjaya menjadi pelumba terkenal. Tetapi Ridwan pula tidak berjaya. Apa akan jadi kepada sepupu rapat ini. adakah mereka akan berkelahi dan bergaduh? sama-sama kita nantikan.


Info dan Pelakon Telefilem selekoh terakhir


Kali pertama  di tayangkan pada 16 Disember 2018 dan akan ditayangkan pada hujung minggu ini pada hari sabtu 2 Disember 2023. Skripnya ditulis oleh Siti Solehah Abdul Ghani. Pengarahnya pula ada Heykal Hanifah & Astrro Tajuddin. 


barisan pelakon selekoh terakhir terdiri daripada Ikmal Amry, Nadzmi Adhwa, Jasmine Suraya, Marisa Yasmin, Emelda Rosemila, Zaefrul Nordin, Tony Eusoff dan Asry Azizan.


Cerekarama Selekoh Terakhir


Review


Telefilem "Selekoh Terakhir" yang ditayangkan baru-baru ini di saluran TV3 Malaysia merupakan sebuah karya emosional yang menyentuh hati penonton. Diarahkan oleh Heykal Hanifah, telefilem ini berkisah tentang perjuangan hidup kamal dan ridwan


Lakonan mantap daripada pelakon baru, Ikmal Amry sebagai Kamal patut dipuji. Kemampuannya menjiwai watak seorang remaja yang meminati dunia permotoran dengan penuh penghayatan membuktikan bakat luar biasanya.chemistry antara Ikmal dan heroinnya, Jasmin suraya.


Selain menampilkan konflik Kamal dan Ridwan dengan kekurangannya, "Selekoh Terakhir" juga tidak lupa mengupas hubungan Kamal dengan keluarga dan masyarakat sekitar. 


Secara keseluruhan, "Selekoh Terakhir" berjaya membawa satu dimensi baru dalam kancah perfileman Malaysia. Telefilem ini pastinya layak menjadi tontonan wajib buat semua lapisan masyarakat dengan pendekatan cerita yang jujur dan berkesan. 


Dengan produksi ringkas tetapi puitis, karya Haykal ini pantas menjadi salah satu telefilem paling bermutu pernah ditayangkan TV3 setakat ini.


No comments

Powered by Blogger.