Header Ads

Liza Hanim Terdetik Berhenti Jadi Penyanyi

Penyanyi terkenal Malaysia yang juga finalis allstar gegar vaganza, Liza hanim mendedahkan yang dia pernah terdetik mahu meninggalkan dunia seni tanah air. ia berikutan beberapa orang yang tidak yakin dengan bakat yang dia ada.


Liza Hanim Terdetik Berhenti Jadi Penyanyi


Liza hanim berkata; 

"Ada momen dalam kerjaya seni saya, merasakan seperti sudah tiba masanya untuk berhenti menjadi penyanyi.


“Tapi ada segelintir kumpulan yang masih percaya dengan bakat seni saya dan mahukan untuk saya terus menyanyi.


"Pasukan saya termasuk media yang masih percaya dengan saya itu yang membuatkan saya teruskan kerjaya penyanyi ini," katanya


"Sepanjang saya berada dalam ASGV, saya sedar kalau mereka minat artis kesayangan mereka, akan sokong bermatian-matian dan kalau tidak suka mereka akan cakap mereka tak suka.


"Meskipun begitu, saya terima dengan hati terbuka dan menganggap komen kurang senang itu tanda mereka sayang pada saya.


"Beberapa minggu lalu ketika saya mengalami waktu yang agak mencabar dalam program ini, perasaan itu (berhenti menyanyi) datang semula, tetapi saya lawan perasaan itu dan buat yang terbaik di final ASGV," jelasnya.


"Sebab itu juga, saya ingin sangat kongsi jatuh bangun saya dalam konsert sulung saya pada tahun hadapan.


“Itu lah kemuncaknya yang mungkin penyanyi lain 10 tahun sudah buat konsert, sedangkan saya tiada peluang itu.


"Kadang-kadang yang buatkan peluang ada atau tak disebabkan saya terfikir adakah aku layak untuk buat konsert? Sokongan bercampur baur, ada yang sokong ada yang tidak.


"Tapi seperti yang saya katakan, disebakan ada sekumpulan penyokong, penggemar yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat luar biasa membuatkan saya teruskan juga," ujarnya.


No comments

Powered by Blogger.