Header Ads

Tok Ram terkilan dengan Azharina di konsert Separuh AKhir

Selepas persembahan separuh akhir pada ahad minggu lepas, Tok Ram menyatakan dia agak terkilan dengan persembahan Azharina kerana penynayi itu boleh buat lebih baik. Azharina menyanyikan lagu What's Up & Livin' On A Prayer. Dia mendapat markah 65.25% dan menduduki tempat ketujuh di atas siti nordiana.


Tok Ram terkilan dengan Azharina di konsert Separuh AKhir


Tok Ram berkata : 


“Saya rasa wasted dekat Azharina. Sangat wasted, dia tak nak rebut peluang tu.


“Saya sudah suruh dia turunkan key, saya kata kalau turunkan key kamu akan menyanyi merdu. Masa full dress sangat sedap,” katanya 


“Masa konsert dia tak ada masalah teknikal tapi tantrum dalam nyanyian itu membuatkan kami tertanya apa yang dah berlaku.


“Dia sangat sedap menyanyi, dengan key itu dengan teknikal dia, saya tidak ada catit sumbang pun dekat dia.


“Tapi tantrum dia tu tidak berlagu, awak menyanyi tau bukannya tantrum. Jadi saya rasa itu wasted,” jelasnya.


Datuk Syafinaz Selamat yang ditugaskan memberi komen selepas persembahan azharina juga berkata agar Azharina tidak membuat persembahanan biasa-biasa sahaja.


Tok Naz berkata ' Jangan beri yang biasa-biasa sebab Azharina lebih besar daripada yang biasa. Ada masa di atas, ada masa di bawah itu biasa. Let's talk about this performance, satunya yang berlaku di atas pentas menunjukkan Azharina sebagai fighter. saya rasa persembahan ini sangat-sangat powerful.'


ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.