Header Ads

10 tahun Menghidap penyakit mental, Mamat Exist Di Hantar ke Hospital Psikiatri

Selepas kes pendakwaan semalam, Vokalis kumpulan Exists, Mamat, 46 memaklumkan bahawa dia perlu di hantar ke hospital psikiatri dan perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin.


10 tahun Menghidap penyakit mental, Mamat Exist Di Hantar ke Hospital Psikiatri



Mamat berkata kepada media ; “Saya perlu dihantar ke hospital psikiatri untuk rawatan lanjut mulai hari ini”, katanya


“Semoga peminat dapat terus memberi sokongan terhadap aktiviti seni (saya) selepas ini," ujarnya


Peguam mamat, Azlina Abdul Aziz  berkata; 


"Semasa ditahan dan diperiksa, anak guamnya itu bebas bahan terlarang. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan dadah pada tahun 2019.


"Kita doakan untuk Mamat. Hari ini, dia akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan.


“Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat.


"Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikiatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah). Kita tahu Mamat banyak kes dadah, tetapi (saya) percaya peluang kedua.


"Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama yang sebelum ini diberi jaminan polis. Akan tetapi (kes) tidak diteruskan (sebelum ini) atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM," katanya.


No comments

Powered by Blogger.