Header Ads

Dendeng Nyet Berapi by Khairul Aming

Baru-baru ini, influencer Khairul Aming memaklumkan bahawa dia akan melancarkan Dendeng Nyet Berapi pada awal februari 2024 ini. Kejayaan sambal Nyet yang mencetuskan fenomena bakal menyaksikan Dendeng Nyet Berapi by khairul aming pula mendominasi pasaran bagi syarikat mereka.


Dendeng Nyet Berapi by Khairul Aming



Sambal Nyet telah berjaya mendapat keuntungan 20 juta pada tahun lalu sahaja dan bulan Januari 2024 merupakan genap 3 tahun sambal tersebut menjadi tular dan viral.


Khairul Aming berkata;  


"Untuk produk kedua ini kita gunakan bahan-bahan segar sama standard dengan Sambal Nyet. Cumanya bahan untuk buat produk kedua ini lebih banyak, dan proses masakannya lagi lama.


"Sebab itulah R&D untuk produk kedua ini ambil masa dalam setahun sebab kita bukan R&D resepi sahaja tapi juga mesin dan cara simpanan untuk memastikan produk itu sedia apabila keluar nanti.


"Proses itu bermula dengan blending, boiling, menggoreng, menumis berjam-jam lamanya sehingga empuk dan lagi penting produk ini ready to eat.


"Kali ini kita pilih packaging dalam pouch bag, jadi lagi senang untuk dibawa ketika travel," katanya laggi.


"Jadi, 80,000 unit akan mula dijual Jumaat ini, pada 9 malam di Live TikTok Khairul Aming," tambahnya.

--


Bagi anda yang mahu menjadi pembeli pertama yang mendapatkan Dendeng Nyet Berapi by Khairul Aming ni, korang boleh dapatkan menerusi live streaming di tiktok khairul aming pada 2 FEB 2024 ini ya. 


Jualan hanya di buka di TIKTOK tau. jadi pastikan korang tak terlepas dapatkan produk tebaru daripada khairul aming.

No comments

Powered by Blogger.