Jurulatih Korea Selatan Suruh Wartawan Beli Tiket Final Piala Asia 2023
Gerak geri Jurgen Klinsmann selepas membawa pulang 1 mata dari perlawanan menentang Malaysia menjadi kritikan dan kecaman daripada penyokong korea.
Bahkan, Jurulatih itu juga dikecam dan diejek kerana meminta wartawan untuk menempah hotel mereka sehingga selesai Piala Asia. Ia berikuan keyakinan yang tinggi korea akan layak ke final nanti.
Klinssmann berkata;
"Seorang jurulatih perlu bersikap positif, seorang jurulatih perlu percaya kepada pasukannya dan menjadikan ia kenyataan," katanya
"Jika pasukan lain lebih baik dan menewaskan pasukan anda, maka anda masih boleh kembali ke hotel dan membatalkannya," katanya lagi.
Tambah Klinsmann lagi "Kami mempunyai keyakinan yang kami boleh mengalahkan Arab Saudi tetapi ia akan menjadi tugas yang sukar,"
Prestasi korea selatan di Piala Asia kali ini menimbulkan tanda tanya para peminat mereka. Prestasi tak menentu apabila hanya menang sekali dan seri dua kali di peringkat kumpulan menyebabkan penyokong pasukan itu marah.
Malah satu adegan yang berlaku ketika gol terakhir yang dijaringkan oleh pemain Malaysia, Romel Morales yang memperlihatkan Klinsmann hanya tersenyum menambahkan lagi kebencian penyokong korea terhadap jurulatih jerman itu.
Namun Klinsmaan berkata dia tersenyum kerana dia sudah jangka yang Malaysia akan jaringkan gol ketiga tersebut.
"kerana saya melihat (gol itu) datang." katanya.
Korea Selatan akan bertemu dengan Arab Saudi malam esok bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan suku akhir piala asia 2023.
Post a Comment