Header Ads

Kes Fitnah Selesai, Shuib Lega

Korang masih ingat kes fitnah yang dilakukan oleh individu bernama John Dhani terhadap Shuib dan arwah isterinya Siti Sarah.

Kini Shuib boleh berasa lega kerana kes tersebut di anggap selesai selepas dia menang kes saman tersebut. Shuib tidak mendedahkan jumlah saman yang diberikan kepada pesalah tersebut.


Kes Fitnah Selesai, Shuib Lega


Shuib berkata;  

"Alhamdulillah harini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah Raissuddin.


"Hampir 5 bulan dan harini semuanya telah pon terjawab.Fitnah kamu John Dhani adalah langsung tidak berasas dan tidak masuk akal!


"Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional,saya maaf kan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya.


"Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu di bayar cuma saya tidak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu di bayar.


"Hasil duit saman semua akan disalurkan ke Tabung Palestin dibawah Yayasan Nurjiwa,” tulis Shuib di instagramnya.

--

Sebenarnya John dah buat permohonan maaf sebelum ini tetapi Shuib tetap mahu saman dan meneruskan kes tersebut. Alhamdulillah semalam sudah selesai semuanya.


Harap lepas ini netizen di luar sana tidak celupar dalam memberi komen terhadap sesiapa sahaja dan lebih berhati-hati dalam memberi komen.



No comments

Powered by Blogger.