Mamat Exist Didakwa memiliki dadah pada 2019
Berita yang menyedihkan diterima semalam, bekas alumni gegar vaganza 1, Mamat Exist atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah kerana memiliki dan mengambil dadah.
Sebelum ini pun mamat pernah melakukan kesalahan yang sama pada 2016 dan 2018. Sebelum ini, peguam mewakili Mamatt memohon agar anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.
Mamat di dakwa di mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru semalam atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.
Walaubagaimanapun, mamat mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
berdasarkan kertas pertuduhan pertama, Mamat didakwa memberi kepada diri sendiri dadah Methamphetamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39C (1) (b) akta sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil. Manakala Mamat diwakili peguam Azlina Abdul Aziz.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat 0.17 gram pada 11.35 malam, 8 September 2019 di Taman Perling.
Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12 (3) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei, dan Mamat diwakili peguam sama.
Post a Comment