Suria FM ucap Terima Kasih Kepada Tyzo
Suria FM secara rasmi mengucapkan terima kasih peada Tyzi Xander selepas kontrak penyampai radio itu berakhir pada hari jumaat 13 Januari 2024 yang lalu.
DJ Lin sebagai pengurus besar suria Fm berkata keputusan itu dibuat sebagai strategi baru yang lebih menarik dan segar untuk tahun 2024.
“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi," kata DJ Lin
Post a Comment