Header Ads

Abby Abadi Buka Mulut Isu Marissa dan Aslam

Setelah lama berdiam diri, akhirnya abby abadi buka mulut isu marissa dan aslam yang mana mendapat perhatian netizen.


Bagi yang terlepas kereta api, Anak kepada Abby Abadi, Marissa Dania Hakim berkahwin dengan Aslam dan dikatakan menjadi isteri kedua lelaki tersebut.


Abby Abadi Buka Mulut Isu Marissa dan Aslam



Abby berkata; 


"Aslam bukan orang yang boleh berpoligami. Saya tak nampak sebab dia tak berkemampuan.


"Keluarga yang lain tak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki (Aslam) yang sekarang ini lah," katanya 


"Marissa dari kecil dengan saya dan anak saya tak macam sekarang. Saya pun rasa macam ada rasa sesuatu yang membuatkan dia seperti berubah 360 darjah... macam bukan dia.


"Benda ini memang di luar jangkaan saya dan bapanya (Norman Hakim). Kami dah berhabis baik jaga anak kami tapi tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat," katanya.


Fakta


7 Februari lalu, berita pernikahan Marissa secara rahsia dengan lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Aslam, di Songkhla, Thailand menjadi tular dan menjadi buah mulut netizen.

Dikatakan juga perkahwinan itu berlangsung ketika isteri pertama aslam pergi melakukan umrah pada 27 disember 2023.


No comments

Powered by Blogger.