Header Ads

Shakilla Khoriri bersikap terbuka terhadap bekas suami

 Pelakon, Shakilla Khoriri bersikap terbuka terhadap bekas suami, Fizi Ali mengenai hak penjagaan anak mereka selepas mereka bercerai. Shakilla yang membenarkan Fizi berjumpa anak mereka 4 hari seminggu juga berpendapat ia lebih baik untuk anak mereka.


Fizi ali juga sebak bila dapat tahu yang dia dibenarkan mengambil anaknya untuk 4 hari seminggu dan sudah merancang untuk membawa anak mereka bercuti.


Shakilla Khoriri bersikap terbuka terhadap bekas suami



Pelakon Shakilla berkata; “Bila dia kata nak jumpa anak, saya pun happy dan akan ambil Ameena pada 1 Mac nanti, InsyaAllah.


“Saya sebagai seorang ibu bagi sajalah dia (Fizi) ambil. Lagi cepat dia ambil pun tak apa. Saya pun tak mahu lebih ramai orang terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku,” katanya.


“Saya buat ini untuk menjaga ‘mental health’ Ameena sebab saya tak nak dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan oleh kesalahan ibu ayah dia sendiri.


“Saya tak mahu perkara ini berpanjangan dan kalau boleh hari ini saya nak bawa dia berjumpa dengan ayah dia.Tetapi saya tak mahu Ameena lihat keadaan yang berlaku hari ini sebab dia masih kecil, baru berusia lima tahun,” kongsinya.


No comments

Powered by Blogger.