Header Ads

Bella Minta Cerai Dengan Aliff Aziz Dengan Cara Baik di Mahkamah

Kelibat kehadiran pelakon cantik, Bella Astillah di Mahkamah menjawab persoalan mengenai dia akan bercerai dengan Aliif Aziz buat kali kedua.


Kali pertama mereka bercerai adalah pada tahun 2019 namun selepas itu mereka kembali rujuk dan menjadi suami isteri semula.


Bella Minta Cerai Dengan Aliff Aziz Dengan Cara Baik di Mahkamah



Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata;  


"Jumaat ini hari jadi saya. Sedih, tapi saya anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya," 


"Saya cuma berharap perkara ini berlalu dengan cepat dan sama-sama menjalani hidup masing-masing. Semoga dengan apa yang terjadi, dapat perbaiki diri masing-masing. Ini juga pesanan untuk diri sendiri juga," katanya kepada Harian Metro.


"Mereka tidak tahu apa-apa sebab saya selalu bagi alasan ayah mereka kerja dan mereka pun tak main telefon. Ayden bersekolah di sekolah Cina, jadi dia tak dengar apa-apa berita.


"Saya cakap pada Aliff dia sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat.


"Belum masanya untuk cerita pada anak-anak sebab anak kedua baru empat tahun, dia tidak faham situasi. Anak sulung pun saya tak nak beritahu sebab dia baru dua hari sekolah. Bella rapat dengan dia jadi dia tidak bertanya," katanya.



No comments

Powered by Blogger.