Ibu Aliff Aziz Beri semangat kepada Anaknya.
Selepas kontroversi bertalu-talu menimpak Aliff Aziz, Ibunya kini memberi kata-kata semangat buat pelakon dan penyanyi itu.
Siti Hafiza Basharahil merupakan ibu kepada Aliff membuat posting dengan caption ;
"Masyaallah tabarakallah Alhamdulillah hidup mati rezeki kita semua Allah yang tentukan, bukan manusia.
"Inilah peringatan yang selalu anakanda kami Aisyah Aziz pesan pada kami. Masya-Allah yang penting ikhlas dan niat kerana Allah.
"Khas buat anakanda Aliff Aziz, lagu ini khas untuk kamu oleh adik perempuanmu. Jangan pernah takut, kamu tak pernah bersendirian. Allah sentiasa bersamamu, kami juga ada di belakangmu tak kira apa juga yang berlaku," tulisnya.
"Allah sayang abang dan Allah Maha Baik, pasti ada hikmah dalam apa jua ujian yang datang. Tiada siapa yang sempurna.
"Bangkit dan semoga Allah permudahkan perjalananmu dan berikan ketenangan dalam hatimu. Kami sayangkan kamu," tulisnya.
Post a Comment