Header Ads

Kejayaan Berkat doa Ibu dan Ayah

Disebalik kejayaan seseorang pasti ada doa ibu dan ayah yang membantu melancarkan lagi kejayaan si anak. Itulah yang dikatakan penyanyi terkenal, Alif Satar selepas ditanya mengenai rahsia kejayaannya hari ini. 


Kejayaan Berkat doa Ibu dan Ayah



Alif satar berkata kepada media;  


"Saya selalu fikir semua kejayaan yang ini adalah doa mama dan ayah saya. Malah, saya bersyukur ibu bapa masih ada, isteri saya sangat menyokong dan apa yang saya buat semua, saya pergi bekerja dan balik ke rumah.


"Saya tak ada nak pergi 'event' (majlis), tiba-tiba ada 'after party' dan jomlah lepak 'after party' sekejap, saya tak pernah (ikut). Daripada umur saya 16 tahun, saya tak pernah (after party).



"Kalau dulu ada AIM (Anugerah Industri Muzik) ke, AJL (Anugerah Juara Lagu (AJL) ke, buat 'after post-party' ke, awak tak akan nampak saya ada di situ. Saya menang AJL tempat ketiga pun, saya pergi untuk 'interview' dan lepas itu balik," katanya 


"Saya dah 18 tahun (dalam industri), saya tahu betapa senangnya Allah nak tarik nikmat itu kalau saya buat satu benda yang (tidak baik), ia akan hilang macam itu saja dan saya dah bina sangat lama.


"Apa yang orang nampak 2024 mungkin persiapan saya 10 tahun dulu dah. Bila saya ada di sini, Alhamdulillah saya tak 'culture shock' (kejutan budaya) sebab saya selalu berdoa bila buat kempen Geng Subuh Macam Jumaat adalah tanggungjawab yang berat," katanya.


Sumber : HARIAN METRO

No comments

Powered by Blogger.