Header Ads

Lelaki itu | Sinopsis Penuh dan Episod

Baru 4 hari ditayangkan drama LELAKI ITU kini sudah trending dan telah mencecah 6.2 juta penonton sejak kali pertama di tayangkan.


Prestasi baik drama arahan Along Kamaluddin dan Nur Sharif ini berjaya mencuri hati rakyat Malaysia untuk menyokong jalan cerita ini.


Sudah pasti barisan pelakon juga memain peranan penting. Mereka terdiri daripada Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda dan Aedy Ashraf. Lagu Tema Lelaki itu bertajuk Dulu, Kini & Akhirnya yang dinyanyikan oleh Marsha Milan.


Baca juga : Telefilem Titipan Kasih



Lelaki itu


Sinopsis Lelaki Itu


Drama 30 episod ini mengisahkan tentang seorang suami. Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya.


Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.


Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.


Info dan Pelakon 

Lelaki Itu

Episod: 30

Tarikh Tayangan: 19 Mac 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jummat, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Eirma Fatima

Pengarah: Along Kamaluddin & Nur Sharif

Produksi: Rumah Karya Citra


Lelaki itu


Watak Pelakon

Adi Putra sebagai Syed Mirza

Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah

Nur Fazura sebagai Imani

Nabila Huda sebagai Sarina

Aedy Ashraf sebagai Khairullah

Hannah Delisha sebagai Batrisya

Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah

Sophia AlBarakbah sebagai Sharifah Bahiyah

Fadlan Hazim sebagai Amin

Ameerul Asyraf sebagai Imran


Full Episod di group fb >> https://www.facebook.com/groups/lelakiitu


Jangan lupa untuk terus menyokong drama ini dan pasti anda tidak akan dikecewakan oleh jalan cerita yang menarik ini. Selamat menonton untuk anda semua.



No comments

Powered by Blogger.