Bella Astillah Kata Anak Mereka Gembira Beraya Tanpa Aliff Aziz
Bella Astillah Kata Anak Mereka Gembira Beraya Tanpa Aliff Aziz. Perkara tersebut di luahkan sendiri bella apabila ditanya mengenai suasana beraya tahun ini.
Bella berkata;
"Setakat ini, Ayden dan Ara meraikan hari raya dengan gembira dan tidak bertanya langsung mengenai Aliff. Tiada apa-apa masalah sebab mereka pun memang rapat dengan saya, datuk, nenek dan semua ahli keluarga.
"Saya juga 'distract' (alihkan perhatian) mereka dengan main bunga api, ajak kawan-kawan mereka datang ke rumah dan beri duit raya. Jadi, mereka sangat terhibur," katanya kepada Harian Metro.
"Ara dan Ayden tidak berkesempatan lagi berhari raya dengan bapa mereka kerana tiada perancangan untuk mempertemukan mereka sebab saya pun dah tidak berhubung langsung dengan Aliff.
"Malah, saya sendiri pun tak pasti sama ada Aliff ada berhubung dengan keluarga saya atau tidak. Lepas ke mahkamah hari itu, saya memang tak jumpa dan berhubung langsung dengan dia," katanya.
"Alhamdulillah, rezeki anak-anak dan saya sangat bersyukur. Apatah lagi, sekarang saya memang nak fokuskan pada urusan kerja dan tidak mahu terlalu komen mengenai isu rumah tangga yang belum selesai," katanya.
Bella juga ditanya mengenai video insta story yang dimuat naik oleh Aliff aziz, jawaapan bella;
"No komen. Tak apalah mungkin dia suka dengan lagu itu, tapi saya tak pernah pun dengar dia menyanyi lagu berkenaan selama ini.
"Apapun, lagu yang saya muatnaik di TikTok juga bukanlah lagu balas. Sebaliknya, ia adalah untuk 'review" produk. Tapi, saya minta maaf pada semua kalau ada yang terasa dengan tindakan saya itu," katanya.
SUmber : Harian Metro
Post a Comment